Kayuhan dibuat atas desakan (erkk, boleh guna ke ayat ni ?) ahli2 PK Riders yang mahu beroffroad sebab katanya asyik layan kayuh road je. Pagi Ahad itu dimulai dengan bersarapan di kedai makan kampung berhampiran PCP, iaitu antara Pojie, Hadri, Nina & Wakjan. Jumlah peserta bertambah seorang lagi dengan kehadiran Hairul yang tiba kemudian. Penuh pula parking pada hari itu tidak seperti hari2 biasa, rupanya ada acara lumba anjuran pujMAC. Tok Penghulu iaitu Ah Chong tidak dapat menghadiri kayuhan kerana membawa sanak saudara yang datang dari Kedah untuk berjalan2 di sekitar Putrajaya.
Selepas bersiap sedia, keempat2 PK Riders bersama jentera kayuhan masing memulakan kayuhan. Chopp !! Tadi datang berlima, mana sorang lagi ? Hmm si Nina datang tak bawa basikal pun, katanya turun PCP jadi pom pom girl je ahaksss. Sewaktu menaiki jalan bertar untuk ke trail, kelihatan peserta2 lumba anjuran pujMAC seorang demi seorang turun dari trail untuk ke garisan penamat.
Trail laluan pada hari itu dicampur adukan antara laluan berwarna biru + hijau + merah bagi melengkapi satu loop. Sorang peserta iaitu Hadri tidak bernasib baik pada hari itu kerana telah terjatuh & mengalami luka ringan. Tetapi, itu tidak menghalang beliau untuk kembali mengulangi laluan tempat terjatuh itu dan melaluinya sekali lagi, layannn ... Kayuhan pada hari itu dihabiskan dengan membasuh basikal (Pojie & Wakjan sahaja) serta membersihkan diri dengan mandi di washroom yang disediakan. Semua kecuali Hadri, kemudiannya mengambil kesempatan untuk beraya di rumah Zarida - Rizal iaitu kawan sepergunungan. Terima kasih kepada pasangan ini untuk menu masak lemas siput sedut yang sungguh menyelerakan !!
Sesudah beraya di rumah pasangan Zarida - Rizal, konvoi bergerak ke Bandar Tun Razak. Kali ini bagi menghadiri jamuan rumah terbuka seorang lagi rakan kayuhan, iaitu abang Ken (Kamarulzaman). Kira OK lah, pagi bakar kalori kaw2 dulu petangnya pula makan kaw2 juga hahaha ...
Di sebuah kawasan lapang yang terbuka. Sempat layan aksi kapalterbang remote control dari sini
Cuaca panas tidak menghalang Wakjan untuk layan DH, buka baju je abis citer : )
What a beautiful sunny day ...
Menziarahi rumah pasangan Zarida - Rizal di Kota Warisan. Menu spesel masak lemak siput sedut
No comments:
Post a Comment