Aktiviti tahunan harus (bukan wajib tau) bagi PK Riders setiap kali menghampiri bulan Syawal. Kali ini masih memilih Putrajaya sebagai lokasi penggambaran, tetapi di jambatan yang lain pula. Perjalanan bermula dengan berkumpul di rumah Acong kat Bandar Tun Razak (BTR). Janjinya nak golek tayar jam 10.30 mlm, tetapi disebabkan menunggu rakan2 yang baru selesai bertugas hanya hampir 12 tengah malam baru dapat bergerak meninggalkan BTR.
Memasuki sedikit penghujung lebuhraya KESAS diikuti lebuhraya MEX, cabaran pertama adalah sebuah jalan berbukit corner panjang sebagai salam perkenalan dari MEX. Mulai dari kawasan ini kumpulan terpecah beberapa bahagian, mengikut kemampuan dan kelajuan masing2. Konvoi kemudian berhenti dan berkumpul untuk rehat di sebuah hentian rehat. Di sini ada yang telah duduk, berbaring malahan melelapkan mata sebentar. Adakah ini kerana penangan pekena nescafe - coke suam disusuli dengan bubur dodol yang dihidangkan di rumah Acong ? Hanya diaorang yang dapat menjawabnya hehehe ...
Selesai berhenti rehat, perjalanan diteruskan dengan menuju ke plaza tol Putrajaya yang hanya terletak tidak sampai 5 kilometer dari hentian rehat pertama. Kat sini pun sama, berehat dan ada yang mengambil peluang untuk ke tandas berhampiran. Kemudian, kami menuju ke arah Putrajaya dengan mensasarkan jambatan Seri Wawasan untuk sesi fotografi kali ini. Masing kelihatan segak dengan persalinan lengkap, ada yang berbaju melayu malahan ada yang berjubah : ) Sessi fotografi mendapat bantuan dari abg Ken, iaitu rakan kayuhan dari Beskal.com. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Macam2 aksi ada; sopan, giler2, memakai helmet, bergambar dengan basikal, loncat2, Ultraman dan sebagainya. Aksi kami menarik perhatian dan menjadi bahan ketawa beberapa orang yang lepak2 di sekitar jambatan itu.
Tamat sudah sessi fotografi, salin pakaian kayuhan dan bergerak ke sebuah restoran di Presint 9. Macam biasa, dah berkayuh jauh masing2 order makanan tak hengat punya. Tengah2 makan tu, hujan lebat lah pula. Terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti atau reda sedikit. Sekitar jam 4.00 pagi +, kami meninggalkan restoran tersebut dalam keadaan hujan renyai. Keluar dari kawasan Putrajaya, kami memasuki lebuhraya SKVE kemudian masuk ke persimpangan UPM lalu terus ke Lebuhraya Sungai Besi. Kami tiba berhampiran Bandar Tun Razak hampir 5.30 pagi. Mujurlah terdapat sebuah pasaraya 24 jam berhampiran, disitu masing2 tidak melepaskan peluang untuk bersahur dalam jangkamasa yang suntuk. Selesai bersahur, kami bergerak meninggalkan hentian bas dan abg Ken kemudiannya bersalaman dengan semua orang kerana beliau akan terus pulang ke rumah. Peserta2 yang lain kemudiannya menghala dan bersurai di rumah Acong ...
Ooppss sebelum lupa, jarak kayuhan berjumlah 55.1 km
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H / 2009, Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir Batin dari PK Riders untuk Muslimin & Muslimat penggiat aktiviti berbasikal seMalaysia
Kediaman Acong, dalam mood Kemerdekaan & Hari Raya
Tuan rumah menghidangkan tetamu dengan Nescafe - Coke suam serta bubur dodol
Abang Ken turut menyertai Kayuhan Pra Aidilfitri ini ...
Hentian rehat pertama di R & R sebelum plaza tol Putrajaya lebuhraya MEX
Disyaki akibat kemabukan Nescafe - Coke suam + bubur durian
Hentian rehat kedua, plaza tol Putrajaya. Sempat berposing ramai2
Keunikan senibina jambatan Seri Wawasan, Putrajaya
Pemandangan Masjid Putra pada waktu malam dari arah jambatan Seri Wawasan
Adzmin sedang menemubual / ditemubual oleh 2 lelaki yang sedang lepak di jambatan
Posing pun nak kena pakai helmet. Safety first maaa hehehe ...
Macam Ultraman nak naik ke angkasa sebab lampu kat dada dah berkelip2 : )
"Lompat si katak lompat ... Lompat lah tinggi2" ...
Aikkk, kenapa yang 2 orang tu tak lompat ?
Aksi sopan, kali ni bersama dengan jurugambar bertugas untuk sessi fotografi ni, abang Ken
Bergambar dengan basikal masing2 pula
Aksi terbang dengan berpakaian raya & guna tayar sotong
Singgah makan di double trouble Presint 9, terpaksa menunggu hujan berhenti / reda
Singgah bersahur di bus stop berhampiran Bandar Tun Razak
Mujurlah kat belakang tu ada pasaraya yang dibuka 24 jam
Strategi serampang 2 mata; bersahur sambil tambah kalsium dalam tubuh
Berkumpul di rumah Acong sebelum masing2 bersurai pulang ...
Bulat, kucing angkat merangkap maskot geng PK Riders

2 comments:
wak jam....minta tlg update time kat kedai mamak..kita bertolak pulang lam 4.00 ++ am....bkn 3.00am....
orait, sori bro gua silap timing plak.
ok, udah diperbetulkan ...
Post a Comment