ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

03 September 2010

NPE Recce Ride: 27.08.2010

Kayuhan untuk meninjau dan mencuba laluan lebuhraya NPE bermula dari Bangsar hingga ke Subang Jaya.
Laluan: Bandar Tun Razak (BTR) - Jalan Tun Razak - Jalan Ampang - Dataran Merdeka - Bangsar - Lebuhraya NPE - Bandar Sunway - Subang Jaya - Lebuhraya KESAS - BTR 
Jarak kayuhan: 54 km

 Berkumpul di rumah Acong, Bandar Tun Razak (BTR)


 Berlatarbelakangkan menara berkembar kLcc


Baru nak calling2 Hairul, kLcc dah tutup lampu huhuhu ...


Cukup2 lah tu, jom sambung perjalanan jauh lagi ni ...


 Pasukan 'boria' bersama abg Ken


Hairul telah siap menunggu di LRT Ampang Park. Handphone baru nampak hehehe ...


Sessi fotografi berhampiran Dataran Merdeka


Bangunan KTMB


Mula memasuki lebuhraya NPE


Pintu gerbang di jalan masuk utama ke Angkasapuri


 Persimpangan di lebuhraya NPE. Mau lalu mana satu ni ? Haa Bandar Sunway lah ...


Berhampiran plaza tol PJS2, lebuhraya Pantai Baru (New Pantai Expressway / NPE)


 Pintu gerbang sempena hari kemerdekaan Malaysia ke 53 di Bandar Sunway


Pegawai trafik merangkap jurukamera bertugas pada malam kejadian


 Melepasi 'sang singa raksasa' di Sunway Pyramid


Menjamu selera di sebuah foodcourt berhampiran Subang Jaya


 Jay, kepingin mau makan chicken chop


 Wakjan pula, mengidam nak makan kerang rebus ...


Sebelum menyambung perjalanan kembali, kita posing dulu ...


 Bila dah masing kenyang2, aura diaorg cerah bercahaya memancar2 hahaha ...


Baru aje nak warm up balik, hujan lebat mencurah2, terpaksa berteduh dulu ...


Aksi ala2 pit stop crew ni 


 "Inilah, barisan kita ... yang ikhlas berjuang ... siap sedia berkorban ..."


Ajib Desa Pandan, crew tukar tayar pit stop


Mula2 dia gelakkan orang ...


Pastu dia plak yang pingsan hahaha ...


 Satu lagi mangsa, pingsan. Acong sedang menggoreng atau digoreng oleh abang tu hehehe ...


Hadri, Jay & Hairul mungkin berbincang pula nak kongsi2 buka carwash


Para pekerja carwash bergambar kenang2an : )


Menyusuri laluan sikal di lebuhraya KESAS


Spoke pada basikal abg Ken menghadapi sedikit masalah


Ceria sikit ! Udah nak dekat sampai dah tu ...


Masa untuk bersahur. Basikal pun tak leh tinggal tu hahaha ...


Cepat, cepat !! Waktu Imsak udah nak dekat ni !!


 Minit2 terakhir sebelum masuknya waktu Imsak ...


No comments: