ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

02 September 2010

Belasungkawa: Aznul Alias

Mendapat panggilan telefon dari Acong pada 6 Ogos 2010 mengenai berita pemergian abang Aznul atau lebih dikenali dengan Bluecold di kalangan rider2 Republic of Puchong, R.O.P. Lantas memeriksa di laman Facebook untuk mengesahkan berita tersebut, justeru mendapatkan info. Dari info beberapa rakan, arwah meninggal dunia di Langkawi semasa menunggang basikal. Ini disahkan lagi dengan satu entry dalam Facebook, seperti di bawah.

kepada kawan2 papa, tolong beri tahu pada kawan2 yg papa da meninggal dunia pada hari ini. jenazah akan dibawa balik ke rumah no 31, jalan intan 1a taman puchong intan ... 01*6898*** no anak nye, 01*9042*** no isteri nya ... 
06 August at 19:14

Mengetahui akan kesahihan berita ini, saya menunggu2 info tentang bilakah jenazah akan dibawa ke rumahnya. Dalam masa yang sama, semasa membelek2 setiap entry dalam laman Facebook arwah. Saya terbaca satu entry dari arwah tentang betapa dia tidak sabar untuk memasuki kejohanan antarabangsa Mountain Bike Langkawi 2010 ini.

Aznul Alias Langkawi International Mountain Bike Challenge 2010 6 - 8 August ... Nantikan kedatangan ku wahai nenda Mahsuri ... 
05 August at 09:51

Petikan di atas merupakan antara entry terakhir arwah abang Aznul dalam laman Facebook beliau. Perkataan 'nantikan kedatanganku wahai nenda Mahsuri' seolah - olah membayangkan yang beliau sudah tahu akan kembali ke penciptaNya.

Sepanjang malam itu saya memeriksa tentang sebarang info tentang jenazah arwah melalui Facebook. Sabtu pagi itu pula saya sambung memeriksa dalam laman tersebut tetapi masih tiada berita. Pada tengahari, mendapat panggilan telefon dari Acong mengatakan yg jenazah arwah telah dibawa ke Puchong. Kami berdua berpakat untuk menziarahi keluarga arwah di Taman Puchong Intan, Puchong. Sampainya kami disana, bumi Puchong masih dibasahi dengan hujan lebat.

Saya yang sampai terlebih dahulu terus ke khemah yang didirikan di depan rumah sambil mencari jika ada rakan2 yang dikenali. Tidak berapa lama kemudian, Acong pun sampai dengan menaiki motorsikalnya. Di bawah khemah itu, kami mendengar cerita dari anak lelaki arwah yang menceritakan bagaimana gerak hati beliau yang seakan2 mahu pulang awal dari memancing di pulau Tioman. Juga bagaimana pengalaman beliau mendapatkan tiket kapal terbang untuk ke Langkawi, serta pengalaman mengendalikan urusan arwah ayahnya dari Langkawi ke jeti Kuala Perlis dengan menaiki bot laju.

Selesai mendengar pengkisahan pengalaman anak arwah, kami bersalaman dengan ahli keluarga arwah dan rakan2 lalu memohon untuk pulang. Dalam pada itu, kami sempat bertanyakan tentang dimana jasadnya dikebumikan. Setelah mendapat arah yang pasti, saya & Acong bercadang untuk ke kubur arwah yang terletak berhampiran USJ22. Di kuburan, kami menziarahi 'kediaman terakhir' arwah disamping membacakan ayat2 suci Al Quran dan mendoakan kesejahteran beliau disana.


Gambar profail arwah dalam laman Facebook beliau


Allahyarham Aznul Alias @ Bluecold (1966 ~ 2010), dalam kenangan ...



Mesej dari PK Riders:
Pemergian seorang 'abang' secara mengejut menyedarkan kita semua bahawa kematian itu pasti dan hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila tibanya ajal kita. Kehilanganmu pasti dirasakan. Senyum, gelak tawa dan senda gurau mu tidak dapat dilupakan dan pastinya akan kami rindui. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kamu. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa sahabat kami ini, lapangkanlah kuburnya, terangkanlah kuburnya dgn cahaya Nur Ilahi. Jauhkanlah dia dari azab api neraka dan siksaan kubur. Tempatkanlah dia bersama hamba2Mu yang Engkau sayangi. Amin amin amin ya Robbul Alamin ...

Nota
arwah Aznul Alias merupakan rakan kayuhan bagi Acong ketika baru bergiat dalam dunia MTB. Penulis tidaklah mengenal arwah dengan begitu rapat, tetapi pernah sekali dua bersama dalam kayuhan. Penulis masih mengingati arwah sebagai seorang yang ceria dan suka bergurau senda dengan rakan2 kayuhan yang lain.


No comments: