ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

28 September 2010

Santai Wong Ride: 24.09.2010

Kayuhan yang sepatutnya untuk jarak yang lebih jauh (iye ke?), tetapi terpaksa dipendekkan kerana cuaca hujan dan hanya berhenti hampir jam 11 malam. Kayuhan bermula dari rumah AhChong di Bandar Tun Razak dengan 4 peserta sebelum berjumpa lagi 2 peserta di stesyen LRT Ampang Park. Kayuhan memasuki Jalan Ampang, sempat bergambar di KLCC & Saloma Bistro. Kemudiannya ke Bulatan Bank Negara sebelum memasuki Taman Tasik Perdana. Masing2 berharap untuk pekena mee kari spesel di situ tetapi malangnya gerai2 makan semuanya ditutup : (

Bergerak mencari tempat makan, dalam perjalanan terserempak dengan Apip & uncle Usop di gerai makan berhampiran persimpangan Jalan Raja Tuanku Abdul Rahman / Jalan Sultan Ismail. Pekena char kuey teow spesel, keropok lekor & kerang rebus. Selesai je makan2 mengisi kembali 'tangki' masing2, bergerak meninggalkan kedai makan, kemudian memasuki kembali jalan Ampang. Di hadapan Ampang Park, semua bersurai dengan kumpulan terbahagi kepada dua mengikut arah masing iaitu ke Desa Pandan atau Bandar Tun Razak.

Info kayuhan:
- jumlah jarak: 35.67 km
- purata kelajuan: 17.6 km/jam,
- jumlah waktu kayuhan: 2:01:16 (tidak termasuk waktu rehat/sesi fotografi/mkn-minum)

 
Kumpulan yg bergerak dr rumah AhChong di Bandar Tun Razak


 
Bertemu pula dengan Hairul & Hadri (Double H) berhadapan stesyen LRT Ampang Park

 
Nina; masih belum recover dr demam tapi nak juga sertai kayuhan

 
PK Riders, berlatarbelakangkan bangunan Ampang Park

 
Bawak besornya ayor botol ...

 
Double H udah terlajak pulak kedepan ...

 
Selepas kena sound dgn pengawal keselamatan

 
Depan Saloma Bistro, jln Ampang

 
Kereta lembu, depan MATIC jln Ampang


 
Ambil peluang bergambar dengan bangunan2 lama sekitar kL

 
1960 tu !! old skool ...

 
PK Riders with the oldies building ...

 
Ah Chong's corner ...

 
PK Riders food chain ??

 
PK Riders bersama bro Apip & uncle Usop

 
Char kuey teow spesel persimpangan jln Tuanku Abd Rahman - jln Sultan Ismail

 
Keropok lekor, hmm nyumm nyumm ...

 
Menu kedai makan, malam tu

 
Pulang menuju ke Bandar Tun Razak

 
Di laluan motor, bulatan persimpangan jln Cheras - Loke Yew

Masa untuk pulang, jentera kayuhan di atas jentera logistik BEL6689

No comments: