ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

20 September 2010

menjelang Hari Malaysia 16.09.2010

Buat pertama kalinya dalam sejarah, negara kita menyambut Hari Malaysia yang kemudian akan disambut pada 16hb Sept setiap tahun dengan cuti umum. Mengambil kesempatan cuti pada keesokan harinya, geng2 PK Riders bercadang untuk menyambut Hari Malaysia dengan berkayuh dari KL ke lebuhraya MEX dan berpatah semula. Tetapi kemudiannya plan terpaksa ditukar pada saat akhir kerana terdapat peserta yang sampai lambat dan ada juga yang keesokan harinya mahu mengambil kesempatan untuk beraya. Iyelah, kan masih dalam mood Syawal 1431H hehehehe ...

Abang Ken dari Beskal.com turut menyertai kayuhan ini. Adam & Ayong pula bertindak sebagai marshall bermotorsikal. Terima kasih tak terhingga diucapkan pada mereka berdua. Jusrizal yang dah lama tak berkayuh pun ada, menggunakan Jamis milik Wakjan. Ajib Desa Pandan juga ada, macam biasalah mewakili basikal milik Amy : ) Kayuhan menjelang Hari Malaysia ini dimulakan dengan berkumpul di Bulatan Kg. Pandan, dimana sebelum itu kumpulan terbahagi dua iaitu yang memulakan kayuhan dari Bandar Tun Razak atau Desa Pandan. Dari Bulatan Kg. Pandan, kami memasuki lebuhraya MEX dan keluar (angkat basikal kat divider) memasuki lebuhraya KESAS.

Keluar dari lebuhraya KESAS, konvoi (chewahhh, konvoi lah sangat) memasuki arah ke USJ dimana semua pengayuh & marshall berhenti di depan kompleks membeli belah The Summit untuk bergambar kenangan. Sessi bergambar ini kemudiannya dilanjutkan pula dengan acara lompat2, nampak sangat dah kemaruk lama tak beroffroad ni hahahaha ...

Acara wajib iaitu 'tambah tenaga', kami berhenti rehat untuk mentekedarah di sebuah kedai makan berhampiran stesyen minyak Shell USJ2. Terima kasih diucapkan pada Ajib kerana membelanjai kami makan, inilah keberkatan akibat jujur dalam memulangkan barangan milik orang lain. Harap di masa2 hadapan Ajib akan jumpa barang2 lain pula hahaha ... Selesai makan, berhenti seketika untuk ke tandas di stesyen Shell sebelum memasuki kembali lebuhraya KESAS.

Kumpulan kemudiannya terbahagi dua iaitu apabila tiba di persimpangan KESAS - MEXmajoriti berkayuh untuk memasuki lebuhraya MEX manakala kumpulan minoriti meneruskan perjalanan di penghujung lebuhraya KESAS untuk ke berhampiran Seri Petaling. Selepas bersalaman, kumpulan Bandar Tun Razak. Kat sini pun kumpulan majoriti turut terpecah dua, yang kemudiannya bertemu kembali di Desa Pandan. Ooppss sebelum terlupa, jarak kayuhan pada malam itu adalah hampir 51 km

Nota
Gambar2 dipetik dari laman Facebook Jusrizal @ Juice Rixaldo

Mula2, ambil gambar berdua dulu. Uji angle hehehe ...

Kemudian, ramai2 pula ...



 Sejurus sebelum memulakan perjalanan memasuki lebuhraya MEX



Berhenti seketika berhampiran R & R Awan Besar lebuhraya KESAS



 Memecut, berhampiran plaza tol Sunway lebuhraya KESAS



Dengan Jalur Gemilang, sempena semangat Hari Malaysia. Lokasi: The Summit, USJ



The 3 Musketeers



3 unit Jamis vs seunit Haro



 Wheelie time !!



 Combo show off  ...



Ajib sedang menghubungi pemilik beg raket yang dijumpainya di tengah jalan



Ajib bertindak ala2 inspektor polis soal siasat insan kehilangan barang



Hadiah saguhati berupa wang ringgit, ihsan dari insan kehilangan barang. Makan & minum yang sebahagian besarnya dibelanjai oleh Ajib. Semoga bertambah murah rezeki Ajib ...



Kononnya mendapat lebih kuasa atas penggunaan V - Power pada jentera kayuhan mereka



Dalam perjalanan pulang, renti rehat dulu berhampiran Plaza Tol Awan Besar Barat. Menurut Ajib, beliau diekori rapat oleh seorang pemuda bermotorsikal selama beberapa minit. Nasib lah tak berlaku sebarang kejadian tak diingini ...



 Persimpangan tempat di mana kami bersurai, kumpulan kemudiannya terbahagi dua iaitu pulang ke arah Bandar Tun Razak atau Desa Pandan

No comments: