ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

05 September 2010

Ambang Merdeka Ver. 53: 30.08.2010

Kayuhan dengan semangat patriotik yang meluap2 sempena ambang kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tema sambutan kemerdekaan kali ini berbunyi '1 Malaysia Menjana Transformasi'. Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di Bandar Tun Razak. Kali ini PK Riders disertai oleh seorang peserta berbangsa Cina, encik Lam.

Melewati Seri Petaling dan memasuki lebuhraya MEX. Sempat singgah di sebuah jambatan dengan harapan untuk menonton pertunjukan bunga api ketika memasuki ambang 31hb Ogos. Tunggu punya tunggu, bunga api tak juga keluar2 huhuhu ... Perjalanan diteruskan hingga ke hujung lebuhraya MEX memasuki jalan Tun Razak. Di sini, jalan mulai basah akibat hujan dan PK Riders meneruskan kayuhan untuk ke LRT Ampang Park.

Di LRT Ampang Park, PK Riders bergabung dengan geng 68k iaitu Along & Ckuku disamping PK Riders iaitu Hairul & Pojie. Berehat sementara menunggu hujan reda, kami meninggalkan Ampang Park dengan melalui Jalan Ampang. Melepasi KLCC, dan terus ke persimpangan Jalan Raja Laut - Dataran Merdeka. Wahhh, lautan manusia di sini. Mendapat sorakan gemuruh dari orang ramai sekitar situ, kembang - kempis jap hidung hahaha ... Sesudah berjaya melepasi lautan manusia tersebut, kami teruskan perjalanan masuk ke Taman Tasik Perdana untuk ke sebuah foodcourt berhampiran Bukit Aman.

Order makan - minum ikut selera dan keinginan masing2. Beberapa orang antara kami mengambil peluang untuk bersembang - sembang dengan encik Lam. Topik biasalah, pasal basikal, komponen basikal, kayuhan dsbnya. Selesai makan, ambil gambar beramai2 dan pulang. Lautan manusia masih ramai, tetapi tidak seramai ketika kami dalam perjalanan pergi sebentar tadi. Mujurlah terdapat beberapa pegawai polis bertugas menyuraikan trafik di persimpangan jalan Raja Laut - Dataran Merdeka. 

PK Riders dan rakan2 lain meneruskan perjalanan dengan memasuki jalan Raja Chulan, terus ke jalan Tun Razak. Di jalan Tun Razak, kami berhenti rehat seketika sebelum masing2 bersalaman dan kumpulan terbahagi tiga iaitu Hairul - Pojie, Along - Ckuku dan kumpulan besar kami yang menghala pulang ke Bandar Tun Razak (BTR). Di BTR, sempat berborak dengan encik Lam sebentar sebelum kemudian dia meminta diri untuk pulang. Jarak kayuhan untuk malam itu, 39.8 km sehingga stesyen minyak BHP Bandar Tun Razak. Kami semua terus ke rumah Acong, selepas masing2 mengemaskan basikal untuk dibawa pulang, masing2 bersurai kerana jam pada waktu itu sudah 3.00 pagi dan masih sempat untuk bersahur di rumah. Sehingga bersua di lain kayuhan, 1 Malaysia Menjana Transformasi. Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 Malaysiaku tercinta !! 

Nota: Terima kasih diucapkan pada Jay Hamid & Jusrizal untuk sumbangan bendera ...


 Encik Lam bersama rakan2 PK Riders yang lain di lebuhraya MEX


 Konon2 nunggu pertunjukan bunga api, malangnya takde : (


Lautan manusia di kawasan berhampiran Dataran Merdeka


Susah nak cilok, trafik terlalu sesak ...


Along bersama beberapa individu perarakan kemerdekaan pada malam itu


Seorang individu dengan motorsikal yang dihias dengan banyak bendera, cayalah bang !!


Makan busat sempena hali busat Malaysia ke 53 ...


Macam tak biasa pulak, parking berterabur ...


Bergambar beramai2, sebelum meninggalkan gerai makan


Ehhh, macam samalah dengan Acong hahahaha ...


Rehat jap di jalan Tun Razak


 Sebelum bersurai dan pulang ke kawasan masing2 dengan kumpulan terbahagi kepada tiga


No comments: