ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

20 September 2010

Senandung Malam ke Mantin: 17.09.2010

Nota: Artikel & gambar2 diplagiat dari laman Facebook Ah Chong @ Epai Ganaz

Info kayuhan:
* Laluan: Prima Saujana, Kajang - Mantin (melalui Lebuhraya LEKAS) - Prima Saujana
* Jarak: 67.31 km, tunaiii ...
* Jumlah masa kayuhan: 3 jam 35 minit 21 saat (tidak termasuk waktu rehat, makan/minum, buang air, hisap rokok, sessi fotografi, dsbnya)

Ni lagi satu plan tak menjadi hehehe ... plan asalnya nak turun sampai Senawang, tapi tak berjaya atas beberapa faktor. Antaranya ...

1) lewat mula, jam 12.45 tgh mlm baru mula hehehe ...
2) kayuhan santai sangat, purata kayuhan dalam 15 km/jam. Hmm ...
3) pit stop yang banyak sangat. take 5 lah, ambik gambor lah hehehe ...
4) ada rakan kayuhan mengalami masalah teknikal
5) perut lapar, jadi takde power mau kayuh. Buktinya, lepas makan masa balik kelajuan meningkat secara mendadak, 25 km/jam ++ hehehe ...

Jadi dengan perasaan sedih bercampur baur dengan gembira, kami terpaksa mengambil keputusan untuk keluar di persimpangan Mantin / Lenggeng dan berpatah balik ke Kajang. Keputusan diambil dengan mengambil kira masa & tahap kondisi para rider yg kurang membenarkan kami untuk pergi lebih kilometer : (

Apa2 pun banyak benda yang boleh dijadikan panduan untuk kayuhan akan datang, banyak lagi yang boleh diperbaiki, insyaAllah. PK Riders akan mencuba sekali lagi, ride on ...


 Berkumpul di Petronas Prima Saujana, Kajang.



Weiii kawan2, lekaslah kita menuju ke lebuhraya LEKAS hehehe ...



Mula memasuki lebuhraya LEKAS secara rasminya



Tol penghujung lebuhraya LEKAS, plaza tol Kajang Selatan.



Berhenti rehat di R & R Beranang



Masuk tandas pun bawa basikal ? Jangan marah haaa ...



Sampai di sini sahaja untuk kali ni, lain kali akan ke atas lagi ...



 Hadri & Wakjan melakukan aksi shuffle gaya bebas



Ah Chong 'mohon RESTU' untuk perut beliau, makan time !!



Tukang masak bertungkus lumus siapkan makanan untuk geng PK Riders yg sdg kelaparan



Kucing pun suka basikal ? Miauuuuu ...



makanan dah sampai, seranggggg !!



Mula2 tumpang makan, pastu tumpang tidur hahaha ...



Ah Chong cuba dapat bantuan S.O.S, malangnya gagal kerana beliau tidak membayar tol : )



 Wakjan mengunci jentera kayuhan beliau, untuk keselamatan sekiranya tertidur mati ...



Sessi Rehat & Rawat di hentian Beranang, dimulakan oleh Ah Chong



Selepas dimulai oleh Ah Chong, disusuli pula oleh Hairul & Yeop



Bangun weiii !! Dah siang ni, kang matahari udah tinggi tak larat pula nak berkayuh ...



 Ayuh, mari kita KELUAR semula ke lebuhraya !!



 Sebuah motorsikal terperosok di tepi jalan. Harap pemilik bukan mangsa culik - bunuh - bakar - campak



Berlatarbelakangkan plaza tol Kajang Selatan



Menghampiri persimpangan Semenyih / Kajang



 Akhirnya, semua berjaya & selamat sampai di tempat permulaan. Syukur, Alhamdulillah ...



Sarapan pagi, bersama abg Rosli (berbaju merah) yg kami jumpa berkayuh seorang diri di Saujana Prima

No comments: