ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

02 November 2010

Le Touring PD: 22-23.10.2010

dipetik dari laman Facebook Ah Chong. maaf kali ni gambar2 perjalanan tidak lengkap kerana kamera beliau telah mengalami kerosakan : (  Gambar selebihnya diambil dari koleksi album abg Ken (Facebook: ZaMan Ken)
Laluan:
1. Saujana Prima, Kajang - Lebuhraya LEKAS - susur keluar persimpangan Setul (plaza tol Setul).
2. Plaza Tol Setul - Seremban - Lukut - Lebuhraya Port Dickson (P.D.) - P.D. - Bukit Pelanduk - Bangi - Saujana Prima

Jarak perjalanan: 165km

plan nak ride ke Melaka tapi tetiba lak kengkawan tertukar fikiran nak ride sampai P.D. je. hmm ... ikut jer lerrr ... memasing ade hal la kot ...

gerak dari Petronas di Prima Saujana sekitar jam 11.30 malam ... layan lebuhraya LEKAS cepat sikit sampai ... dalam jam 1.00 pagi kat Mantin ... lepak jap layan nasi sepinggan dua ... hahaha ... perut sudah berbunyi ... lepas makan terus sambung ride ke tol Setul dimana kitaorang rehat & tidur buat seketika ...

dalam 7.00 pagi terus gerak ke P.D. mau sarapan disana ... memusing jap kat bandar Seremban mau cari jln dekat ke P.D. ... jumpa akhirnya ... Lukut kot ... rasa cam kejap jer jalannya ... dlm 9.45 pagi kitaorang dah sampai P.D. ... mau tiruk laut tak mau, buntutku dah melecet ... awww ...

lepas sarapan, lepak kat wakaf pantai berdekatan sambil membuta barang 20 minit. pastu teruskan perjalanan ... on the way tu terserempak lak dengan bebudak Malakof tgh ber racing ... bagi diaorang semangat sikit pastu teruskan perjalanan menghala  Bukit Pelanduk ...

Selepas setengah nyawa hadap bukit ni ... perjalanan seterusnya diiringi ngan hujan lebat, renyai, gerimis, topan hahaha ... hinggalah sampai Universiti Kebangsaan Bangi ... itu pun dah sekitar jam 6 petang baru sampai ...
p/s : kamera kesayangan aku dah jemm ... waaaa ... kopak lagi ... kena sambar baru ni ...
Antara peserta2 touring selain Ah Chong, dari kiri Ady, abg Ken & abg Sam


Berhenti rehat seketika ...


Di susur keluar no. 2104, ke arah Mantin


 Dapat curi2 masa tidur sekejap pun, jadilah ...


Top up bahan api untuk lebih kilometer


Berhenti rehat untuk melelapkan mata seketika di wakaf yang disediakan.


Di lebuhraya Seremban - Port Dickson, menghala ke arah Port Dickson.

 Cas power lagi, kali ini bertemankan hembusan bayu pantai Port Dickson pula


Tidur yang betul2 ho liau ni hehehe ...


Bertembung dengan peserta2 MALAKOFF


Hujan le plak ... Berteduh dulu sambil melindungi apa yang patut dari dibasahi hujan

No comments: