ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

18 January 2011

PK Riders dalam Cycling Asia

Pedal Krem Riders jadi duta jenama RMB dlm majalah Cycling Asia ?? Betul ke ? Gambar tersebut diambil ketika kami menyertai ECC Nite Jamboree 2010 di Melaka. Kebetulan salah seorang ahli PK Riders menggunakan basikal jenama RMB, dan waktu itu wakil pihak syarikat sedang mencari peserta yang menggunakan basikal keluaran syarikatnya. Apa lagi kitaorang tumpang sekaki laaa hahaha ... Walaupun gambar kami hanyalah sebahagian kecil dari iklan tersebut  dalam konteks satu majalah, ianya tetap menjadi ingatan untuk dikenang sepanjang penglibatan dalam arena berbasikal. RMB = Rakyat Malaysia Boleh !!

p/s: Hadri, tak sia - sia kau masuk Jambori Melaka hehehe ...

* Gambar dari laman Facebook Ah Chong: kredit pada Ah Chong yang tolong beli majalah dan ambil gambar. lepas ni pinjam majalah tau ...


Kulit depan majalah Cycling Asia # 6. Selamat ulangtahun Cycling Asia !!


Halaman iklan XDS / RMB


Cuba cari, di mana PK Riders ?


Berdiri, dari kiri : Ah Chong, Nik, Hairul, Adzmin, Pojie, Hadri (pemilik basikal) & A.J. Depan, bersama basikal: Arey.


 Ada juga gambar2 ketika Kejohanan MTB Putrajaya


 Kejohanan MTB Putrajaya. Gambar peserta dari grup Beskal.com



Kata - Kata Hikmat:

3 comments:

redtrekker said...

cayalah team PKR!!! maju terus maju yer!!! :))

Azizan Zolkipli said...

terima kasih redtrekker atas kunjungan & ucapan tahniah tu : )

Aku dan Basikal said...

tahniah...gambar aku je belum masuk cycling asia