ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

11 February 2011

KLMBH Bash # 196: 30.01.2011

Saya tidak dapat menyertai acara ini, kerana belum baik sepenuhnya dari demam. Jadi, tidak dapat nak mengulas tentang keadaan laluan, mutu penganjuran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, PK Riders tetap menghantar rider tegar bagi menyokong dan memeriahkan lagi acara kayuhan tempatan dan mereka ialah Ah Chong dan Pojie. Jom kita layan gambar - gambar aksi mereka. Kredit untuk tuan empunya kamera, gambar - gambar diambil dari laman Facebook Ah Chong.

Sebelum kita melihat gambar - gambar kayuhan mereka, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH). KLMBH mengadakan acara hashes mountain bike ("bashes") bulanan di sekitar kawasan Lembah Kelang, biasanya pada hari Ahad terakhir setiap bulan. Untuk menyertai bash  ini, peserta boleh hadir di kawasan yang ditetapkan dan mendaftar diri dengan membayar yuran penyertaan RM 15. Bagi peserta yang telah menjadi ahli, penyertaan mereka adalah percuma. Untuk menjadi ahli, yuran keahlian adalah RM 70 untuk setahun.

Nota: Perkataan yang berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat apabila gambar diklik. Catatan pengalaman peserta menyertai Bash # 196 ini yang dimuatkan di laman rasmi KLMBH boleh dibaca di pautan berikut


 Kenderaan logistik Ah Chong (kiri) dan Pojie yang diletakkan bersebelahan


Ah Chong beratur untuk mendaftarkan penyertaannya


Pojie turut mendaftar diri


Haro Ah Chong dengan 'angka giliran'


Peserta berhimpun untuk mendengar taklimat kayuhan


Kawasan terbuka, di bawah talian penghantaran voltan tinggi


Laluan turut memasuki jalan bertar


Menunggu giliran untuk melalui kawasan singletrack


 Melalui binaan penebatan sungai oleh JPS


Laluan memasuki kawasan estet getah


 Reena a.k.a Berry White dr Genggerek turut menyertai kayuhan ini


Selamat datang ke laluan downhill yang pertama ...


Laluan masuk ke downhill kedua


Pemandangan laluan dan peserta di DH2


Ah Chong bergambar kenangan bersama beberapa rakan kayuhan beliau


Dimana ada pondok, di situlah ada Ah Chong. Di mana ada Ah Chong, di situlah ada pondok hahaha ...


Satu lagi downhill dalam kawasan teres pokok getah


"Errkkk, nak turun ke tak nak ni" ...


"Hmmm, pondok lagi ... Rehat lagi lah nampak gayanya hehehe" ...


"Jom rileks dulu layan tengok pokok2 getah" ...


Alahai cayang bucuk2, meh abang mandikan : )


Calories: 'What's come out, must come in' ...



10 February 2011

Kayuhan Cari Ubat Demam: 29.01.2011

Sekembalinya saya dari trip touring KL - Bukit Fraser - KL bersama Ah Chong dan abang Ken pada cuti hari Thaipusam lepas (20 - 21hb Jan 2011), tanpa berehat saya terus membelasah diri beroffroad di Bukit Bandaraya pada Sabtu dan sekali lagi beroffroad di RRI bersama Genggerek pada Ahadnya pula. Mungkin akibat badan yang keletihan serta dibelasah kaw - kaw secara hatrik back to back, pada hari Khamis 27hb Jan 2011 saya mula merasa tidak sedap badan dan mulai demam.

Udah dasar berjiwa outdoor ni, manalah reti duduk diam hatta kurang sihat sekalipun. Setelah demam dirasakan tidak juga mahu kebah selepas dua hari, maka saya nekad untuk menyorong basikal (bukan menyarung jersi ekk) di dalam keadaan belum sihat sepenuhnya bertujuan untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Mangsa ajakan, tidak lain tidak bukan si Adnan yang tinggal di kariah bersebelahan. Kebetulan pula beliau sedang off pada hari itu, memang cantiklah ... Saya tinggal di seksyen 24 Shah Alam manakala beliau pula di seksyen 18. Jiran sebelah seksyen bak kata orang Shah Alam hehehe ...

Pagi itu setelah mengambil Adnan di kediamannya, kami terus bergegas ke Institut Penyelidikan Getah atau hanya disebut sebagai RRI mengikuti laluan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) atau nama asalnya Lapangan Terbang Subang. Kami singgah di sebuah kedai mamak berhampiran pangsapuri Daisy U3 Subang untuk bersarapan, sebelum menyambung perjalanan ke stesyen minyak berhampiran persimpangan jalan Lapangan Terbang Subang - jalan Sungai Buloh. Kami meletakkan kereta di situ, supaya senang untuk pulang kemudiannya.

Saya mengenakan sehelai jaket windbreaker dengan harapan dapat memanaskan badan dan berpeluh dengan banyak semasa berkayuh nanti. Selesai membuat persiapan dan mengunci kereta, kami meninggalkan stesyen minyak tersebut dan memulakan perjalanan masuk ke pintu pagar ladang RRI. Pintu pagar masuk tidak ditutup, tetapi dikunci dengan rantai dan berpalang, membuatkan kami terpaksa mengangkat basikal melalui halangan palang. Terdapat dua papantanda amaran dilarang masuk di situ.

Nota: Tulisan berwarna biru bergaris boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej yang lebih beresolusi tinggi boleh dilihat apabila gambar diklik


"Alahhh, tembak pakai pistol aje, bukan senapang gajah pun hehehe" ...


'Kawasan persendirian. Penceroboh akan didakwa'. Alamakkk !!


Memasuki jalan bertar selama beberapa ratus meter (maaf, basikal kami tidak dilengkapi sebarang meter perjalanan), kami memasuki sebuah jalan tanah ke arah kiri sebuah persimpangan. Beberapa pekerja ladang sedang menoreh getah dengan ditemani lingkaran nyamuk yang dipasang pada bekas khas di pinggang menjadikan kayuhan pagi itu lebih menarik. Saya lantas teringat kepada cerita Allahyarham P Ramlee berjudul Anak Bapak. Kebanyakan jalan adalah menurun dan rata. Jalan ini membawa kami ke sebuah persimpangan tiga yang mana kami kemudiannya menghala ke arah kanan. 

Jalan di sini juga jalan bertanah dengan sedikit batuan serta landai, sebelum diakhiri dengan satu pendakian yang membawa kami ke sebuah pondok bersebelahan plot pokok getah. Di pondok itu, kami membetulkan brek di basikal Adnan, sebelum kemudiannya didatangi oleh seorang lagi basikalis yang mengenalkan nama beliau sebagai abang Zainal. Selepas kami berehat, beliau meneruskan perjalanan menghala ke jalan berbukit sambil diekori oleh Adnan dan saya.


 Melalui jalan ke kanan selepas satu persimpangan


Jalan landai yang panjang di antara barisan pokok getah


Pondok yang terdapat di pertengahan laluan pendakian. Menjadi tempat kami berdua menghilangkan penat


Harga tinggi getah di pasaran dunia membuatkan komoditi pertanian ini semakin giat diusahakan


Kami turut ditemani oleh abang Zainal pada hari itu, yang berkayuh bersendirian pada mulanya


Dari situ, kami memasuki laluan pendakian sebelum kemudiannya memasuki arah kanan di satu persimpangan. Jalan di situ juga mendaki sebelum kemudiannya landai dan jalan tersebut keluar semula ke jalan bertar. Kami kemudiannya menyusuri jalan bertar tersebut hingga ke puncaknya yang terdapat sebuah bangunan sedang dibina. Di situ, kami berehat sebelum melayari laluan downhill yang sungguh mengujakan. Kami bertiga melayani laluan di situ sehinggalah ke penghujung denai yang kemudiannya bertemu semula di jalan bertar. Abang Zainal kemudiannya meminta diri untuk pulang, manakala kami berdua bersepakat untuk mengulangi semula laluan tersebut. Seperti biasa untuk sesi fotografi dan yang paling menarik, kami juga membuat pelbagai percubaan untuk mengambil gambar video menggunakan mode HD yang terdapat pada kamera kompak milik Adnan. Video klip kayuhan boleh dilihat di sini. Selepas pengalaman pertama ini, kami mendapat idea seterusnya tentang dimana hendak meletakkan kamera


 Laluan jalan tanah sebelum bertemu semula laluan bertar


Menemui semula jalan bertar, yang membawa kami ke puncak bukit


Puncak bukit yang terdapat satu projek pembinaan


 Berehat bersama bro Zainal, sebelum meneruskan perjalanan di laluan downhill


 Salah satu penurunan yang terdapat di sepanjang laluan


Pondok yang terdapat di akhir laluan. Abang Zainal dah pulang semasa ni. Kami bercadang mahu kembali ke atas untuk layan semula laluan tersebut


Kalau tayar basikal bocor, boleh calling2 no. ni tak ?


 Mengulangi semula laluan, jalan rata sebelum laluan downhill terakhir


 Nan sempat buat aksi wheelie semasa menuruni teres laluan


Persimpangan Y, kalau kurang berani boleh memilih untuk melalui laluan sebelah kanan


Bahagian terakhir downhill sebelum memasuki kembali jalan bertar


Selesai melakukan aksi penggambaran gambar pegun (still picture) dan juga video menggunakan kamera kompak milik Adnan, kami beredar dari situ menuruni jalan bertar sehingga ke pintu pagar kami  mula - mula masuk di awal kayuhan. Dari pintu pagar, kami memasuki jalan Sungai Buloh melintasi persimpangan lampu isyarat sebelum tiba di lokasi meletak kereta. Kami terperasan sebuah kedai makan terdapat di sebelah stesyen minyak, yang juga bersebelahan dengan sebuah masjid dan bercadang untuk makan tengahari terus di situ. Selesai membasuh tangan dan mengambil hidangan, beberapa minit selepas kami makan, hujan lebat tiba - tiba turun. Lega kerana hujan hanya turun setelah kami selesai berkayuh. Kami membayar harga makanan / minuman dan menunggu sehingga hujan reda, barulah ke kereta untuk meletakkan basikal - basikal kami di roof rack dan seterusnya meninggalkan RRI dengan perasaan tidak sabar untuk pulang bagi mengedit video kayuhan kami.


'Sang kembung' & 'sang keli' yang menjadi mangsa kerakusan kami berdua : )


Nota: selepas berkayuh, demam tak juga kebah. malahan letih pula yang dapat huhuhu ... memang betul lah, antara hikmah Allah berikan ketidaksihatan adalah supaya kita berpeluang untuk merehatkan badan