ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

12 March 2011

Offroad Taman Tasik Perdana: 20.02.2011

Pada 20.02.2011 yang lalu, beberapa ahli PK Riders dengan diketuai oleh Wakjan telah dibawa mencuba laluan offroad di Taman Tasik Perdana. Mereka ialah Ah Chong dan Adzmin yang sebelum ini tidak pernah sekalipun merasai laluan offroad di situ. Tetamu undangan khas, saudara Mohd Shukri yang merupakan pengalaman kali pertama beroffroad, sebelum ini beliau menyertai kayuhan touring Temerloh - Tasik Bera - Tasik Chini - Temerloh semasa cuti Maulidur Rasul, Februari lalu.

Acara pagi itu dimulakan dengan bersarapan di sebuah gerai makan jalan Tangling, sebelum memasuki laluan offroad bermula dari jalan masuk berhampiran Taman Rusa dan Kancil. Di pertengahan kayuhan, masuk melawat ke Muzium Negara sebelum menyambung kayuhan. Sempat juga berseronok di sekitar perkarangan muzium, berfoto dan layan downhill. Puas di sana kami memasuki laluan yang pendek sehinggalah berjumpa dua rakan kayuhan di satu pondok rehat. 

Semasa sedang berkenalan dan bersosial, lalu lagi dua rakan kayuhan dan menyertai kumpulan kami berehat di pondok tersebut. Dua rakan kayuhan veteran itu mengatakan telah membuat beberapa pusingan dan tidak mahu menyertai kami apabila diajak untuk memasuki trek. Sesudah bersalaman dengan semua, kami mengucapkan selamat tinggal dan menyambung kembali kayuhan hingga ke penghujung trail.

Di akhir laluan, kami bertemu semula dua orang rakan kayuhan baru yang kami temui semasa di pondok rehat. Seorang dari mereka itu bersetuju menunjukkan kami laluan baru trail offroad di Taman Tasik Perdana. Mereka berdua membawa kami semua ke pangkal laluan, pada mulanya kami sangkakan yang mereka berdua cuma hanya ingin menunjukkan jalan. Tetapi setelah kami memasuki laluan tersebut, mereka berdua turut mengekori kami di belakang. Selesai mengayuh, kami yang harus pulang awal untuk menghadiri majlis kenduri kahwin seorang rakan kayuhan mengajak abang berdua tersebut untuk makan tengahari. 

Kami berempat hanya makan menu ringan, kerana masing - masing mahu 'membelasah' semahunya semasa kenduri kahwin nanti. Sesudah bersurai, keempat kami mandi di bilik air berbayar DBKL yang terletak berhampiran Masjid Bukit Aman, menunaikan solat dan meninggalkan Taman Tasik Perdana, terus ke Taman Medan untuk menghadiri majlis walimatus urus Atan, salah seorang rakan kayuhan kami.

Nota: Perkataan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Segala gambar yang digunakan adalah hakcipta terpelihara Ah Chong, terima kasih dan penghargaan saya ucapkan pada beliau. Album gambar penuh boleh dilihat di laman Facebook beliau. Gambar beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.


Seperti biasa, acara kayuhan akan bermula dengan acara 'mengisi perut'


Gerai makan 'Selera Bkt. Aman' menjadi pilihan tempat kami bersarapan pada pagi itu


Taman Tasik Perdana memang menjadi tempat tumpuan pelbagai golongan masyarakat untuk beriadah


Adzmin layan downhill mengikuti laluan yang tidak digazetkan ( :


Menghampiri laluan ke Taman Rusa & Kancil serta permulaan laluan offroad Taman Tasik Perdana


 Dari laluan offroad, lalu seketika di trek jogging sebelum masuk kembali ke laluan asal


Aksi masing - masing ketika melalui downhill panjang yang pertama


Melalui laluan diantara celahan pohon buluh, sebelum melalui terowong untuk ke Muzium Negara


 Wakjan menguji keseimbangan badan dengan berbasikal di atas tebing kolam air pancut Muzium Negara


 Ah Chong juga ingin mencuba, tetapi beliau diserang sindrom G, gayat hehehe ...


 Kereta lembu, atau kereta orang ini ?


Bergambar kenangan berlatarbelakangkan mural Muzium Negara


Pelancong dari India, meminjam basikal Ah Chong untuk bergambar kenangan


 Peace !! Bersama aci menjual kekacang di bahagian tepi Muzium Negara


Refleksi di cermin pandangan berhampiran pintu gerbang masuk ke Muzium Negara


Keretapi wap yang dipamerkan di kawasan luar muzium


 Semangat menjulang piala Suzuki 2010 masih membahang


Sejarah pembinaan Muzium Negara


 Sokongan padu untuk skuad Harimau Malaya


 Sempat membuat aksi downhill di bukit kecil tepi Muzium Negara


Bergaya ala hip - hop


 Bergambar kenangan di terowong pintasan Taman Tasik Perdana - Muzium Negara


Keluar dari berfoya - foya di Muzium Negara, kembali berseronok di laluan offroad walaupun dengan downhill yang teramat pendeknya


 Berehat bersama rakan baru dalam dunia kayuhan. Salah seorangnya tinggal berhampiran rumah Ah Chong, tak pernah bersua di kawasan rumah tetapi berjumpa pula di Taman Tasik Perdana aduhaiii ...


Meneliti model basikal yang agak unik


 Seumur hidup belum pernah berjumpa sistem suspensi depan basikal sebegini


 Kembali memasuki laluan setelah puas berehat


Wakjan memberitahu rakan kayuhan baru tentang terdapatnya laluan downhill di hadapan


Gaya tersendiri ketika mengambil downhill panjang kedua dalam laluan offoad Taman Tasik Perdana


 Mula memasuki kawasan belukar yang lebih tebal di hadapan


Satu downhill lagi dengan permukaan tanah yang licin


 Berehat seketika menikmati deruan adrenalin selepas melalui laluan downhill yang licin di tepi gaung


 Menuruni bukit terakhir, menuju ke laluan yang landai bersebelahan trek jogging


Penghujung laluan adalah landai dengan melalui permukaan berakar


Pokok jejawi, menandakan telah tiba di penghujung laluan


Abang - abang 'otai' bersetuju membawa kami menunjukkan jalan masuk ke laluan offroad kedua terdapat di Taman Tasik Perdana. Yipppieeee, layannn ...


Pemandangan di bahagian tengah laluan offroad kedua Taman Tasik Perdana.


Menghampiri ke penghujung laluan


Ingatkan nak tunjuk jalan je, rupanya layan sekali hehehe. Terima kasih bang ...


"Yeayyy, kami semua dah ada 'lesen penuh' offroad Taman Tasik Perdana" !! Foto grup diambil oleh seorang awek mat saleh yang kami temui semasa di Muzium Negara, aksi ini pun atas saranan beliau ( :


Geng PK Riders makan menu ringan je sebab nak pergi makan kenduri ...


Menghadiri majlis kenduri Atan di Taman Medan; geng PK Riders dan geng d' 68k Ampang bersama pasangan pengantin



No comments: