ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

25 August 2011

Tips - tips berMTB


Tips - tips berMTB ini dikompilasikan dari beberapa masukan (entry) laman Facebook Kayuh Beb Cycling Club, antara salah satu kelab berbasikal paling aktif di Lembah Kelang. Keahliannya terdiri dari penduduk sekitar daerah Shah Alam / Kelang / Banting dan mempunyai laman blog sendiri iaitu di http://kayuhbeb.blogspot.com

Sila jangan ambil terlalu serius tip - tip yang dilampirkan di sini, atau dalam bahasa omputihnya, "don't take it seriously" ... Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya tips yang disertakan ini akan menganggu gugat prestasi basikalis sekalian di dalam mana - mana anjuran kayuhan ahakss ...

Tips 1
Sekiranya anda terlalu penat untuk meneruskan kayuhan, tetapi tidak mahu reputasi anda dengan rakan - rakan terjejas. Anda boleh parking basikal anda di tepi trail (pastikan tidak menghalang lalulintas), keluarkan Multi Tool anda dan berpura - pura membaiki basikal, seperti contoh: saddle

Tips 2
Sekiranya anda sedang mendaki bukit dengan teramat slow, tiba - tiba ada orang potong anda. Sebelum orang itu bertanya apa - apa elok anda jawab camni: "basikal brand mahal - mahal memang kena kayuh slow - slow, baru orang nampak brand apa"...

Tips 3:
Untuk mengelakkan dari menjadi bahan ketawa selepas tergelebak downhill yg tak berapa nak serius. Sebelum mengangkat basikal anda, cepat - cepatlah bercerita mengenai keberkesanan fabrik seluar baggy Troy Lee Design anda. Pasti emosi penonton akan beralih arah ( :

Tips 4:
Kalau biasanya anda memang rider yang power, tapi tiba - tiba hari tu anda tak larat dan nak kena maintain macho supaya status power anda tak jatuh. Jangan risau ! Cari rider yg beginner, follow je, pastu anda tegurlah rider tu "Bro, RD bengkok" dan kemudian berlagaklah jadi mekanik. Ambik masa yang panjang untuk repair dan berehat. Kalau anda sampai lambat, ada alasan anda tolong repair basikal orang. Pastikan gambar anda diambil sebagai bukti.

Tips 5
Kalau anda join mana - mana jamboree, tapi tak larat nak habiskan semua CP (checkpoint), ambij aje chicken loop, pastu berlakon lah sedut - sedut hidung tu setiap 5 saat ... "selsema lah bro", jawapan terbaik kalau ada orang tanya. Lagi baik kalau masa ambik goodies tu dah berlakon selsema ...

Setakat ini dahulu tips yang disediakan, jika terdapat sebarang penambahan dari pihak berkenaan ianya akan dimaklumkan pada hebahan akan datang. Selamat  mencuba ( :


No comments: