Info Program:
Tarikh: 13 – 15hb Feb 2009 (13hb Feb 2009 harijadi aku ke 31thn weiii !! )
Anjuran: Along MPAJ & rakan2 dari kejiranan beliau di Ampang Tasik
Peserta: 11 + 1 org (sorang peserta buat chicken loop hehehehe)
Laluan:
Pergi: KL (Jln. Cheras) – Kajang – Bandar Baru Bangi – Salak Tinggi – Sepang – Lukut - PD (Apartment KWSP)
Balik: PD (Apartment KWSP) – Lukut – Mambau – Seremban – Mantin – Beranang – Semenyih – KL (Jln. Cheras)
Catatan Program:
(‘waktu tiba’ adalah berasaskan pada peserta terakhir yang sampai, iaitu diri aku sendiri hahahaha)
13hb Feb 2009, Jumaat
- berkumpul di Petronas Jln Cheras (berdekatan Plaza Phoenix / kem PGA)
- 11 org peserta memulakan perjalanan pada 11.20 mlm, melalui jln. Cheras, masuk ke Kajang & Bandar Baru Bangi.
14hb Feb 2009, Sabtu
- 12.30 mlm, berhenti rehat di pintu masuk MOSTI – Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.
- 1.45 pagi ,tiba di stesyen Petronas Sepang. Seorang peserta menyertai kumpulan konvoi dari sini, menjadikan jumlah peserta kepada 12 org.
- 4.10 pagi, tiba di persimpangan lampu isyarat jln Lukut – PD.
- 4.35 pagi, tiba di PD. Singgah di kedai makan untuk sarapan pagi (bagi aku makan malam merangkap sarapan pagi sebab tak sempat makan malam sebelum bertolak, baru balik dari outstation di Ipoh huhuhuhu)
- 6.25 pagi, tiba di persimpangan masuk ke apartment KWSP. Check – in dan rehat zZzZzZ. Opsss, tengok odometer tercatat jumlah perjalanan 110.16km (dari rumah Ah Chong di Bndr Tun Razak)
- 8.15 pagi: Mata tak boleh zZzZz le plak aduiiii, gi tepi pantai menikmati keindahan sambil tangkap gmbr basikal. Gambar sendiri takde orang nak tolong tangkapkan sebab tak bawa tripod huhuhuhu … Pastu gerak sorang2 ke Blue Lagoon & naik bukit ke rumah api Tanjung Tuan. Turun dari situ & sarapan pagi di warung kat Blue Lagoon, menu nasi lemak. Balik ke apartment, layan tv, pastu zZz, layan tv, pastu zZz balik hahahaha …
- 5.40 ptg, keluar ronda ramai2 ke PD. Ah Chong tak nak naik basikal, punggung lenguh & melecet katanya hehehehehe …
- 6.15 ptg, singgah di Baden Baden Bundle disusuli dgn minum petang merangkap makan tengahari kat Watie Beach Café, menu nasi kukus dgn ‘ayam panggang Bagan Pinang’. Sambil makan kami dihiburkan dgn lagu berentak country / western.
- 7.40 mlm, singgah di tepi pantai untuk menikmati panorama matahari terbenam & merakamkan gambar kenangan.
- 8.10 mlm, tiba di Komplek Peranginan Bank Negara. Apa tujuan kami kesitu? Adalah pula sorang peserta yang minta bergambar disini sebagai bukti kepada isteri yang beliau benar2 menyertai konvoi & sampai di PD. Haiiii, kelakar, kelakar …
- 8.20 mlm. tiba di apartment KWSP, lepak ramai2 tepi pantai.
- 9.20 mlm, masing2 pulang ke bilik untuk menonton tv atau berehat. Pastu aku keluar minum di kedai makan berhampiran bersama Hairul & Yeop.
15hb Feb 2009, Ahad.
- 4.30 pagi, mula berkumpul di perkarangan apartment diikuti dengan senaman memanaskan badan.
- 4.45 pagi, bergerak meninggalkan apartment KWSP.
- 5.05 pagi, tiba di Seven Eleven berhampiran Hospital PD, masing2 membeli keperluan makanan & minuman utk bekalan peribadi.
- 6.05 pagi, tiba di hentian bas berdekatan persimpangan lampu isyarat jln Lukut – PD. Berehat sementara menghormati seruan azan subuh.
- 7.50 pagi, tiba di Seremban. Singgah di sebuah gerai makan untuk sarapan pagi. Menu spesel, nasi lemak & mee kari.
- 8.40 pagi, singgah di stesyen Shell bandar Seremban untuk aktiviti rutin. Membuat ‘pelaburan’ hehehehe …
- 10.15 pagi, selepas turun dari pendakian yang panjang di bukit Mantin, peserta2 tiba di kawasan berdekatan pintu gerbang sempadan Majlis Perbandaran Nilai.
- 10.45 pagi, singgah pekena ABC/cendol di gerai tepi jalan berhampiran padang golf Staffield Country Resort.
- 12.30 tghari, tiba di bawah flyover lebuhraya SILK dan kemudian masuk ke lebuhraya untuk pulang ke Jln Cheras.
- 1.40 petang, tiba di kawasan rehat tol Bt. 10 lebuhraya Jln. Cheras. Berehat sebentar sebelum bertolak pulang ke rumah masing. Konvoi kemudiannya berpecah dua, satu menuju ke rumah Ah Chong di Bndr Tun Razak manakala satu lagi ke Ampang Tasik. Sampai rumah Ah Chong, masing apalagi cargas zZzZ ...
- 6.00 ptg, penulis (Wakjan) bertolak balik kampung ke Sabak Bernam ...
Kami, ahli2 PK Riders ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Along selaku ketua konvoi, rakan2 peserta (tak dapat nak disebutkan di sini, ramai sangat) yang banyak membantu dari segi penganjuran, marshall, iringan (escort) & pengurusan kediaman (sewaan apartment KWSP). Juga tidak lupa kepada ibubapa, keluarga serta rakan2 yang memahami minat kami & memberikan dorongan serta kata2 perangsang.
Ingin kami akhiri dengan serangkap pantun mix:
Kalau ada jarum yang tak ‘best’,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada lagi trip yang ‘best’,
Bolehlah kita berkayuh lagi …
# Klik berikut utk info mengenai Port Dickson:
Persiapan terakhir di rumah Ah Chong.
Hentian rehat di Petronas Sepang. Tambahan seorang ahli pengayuh lagi dari sini.
Hentian sarapan 'subuh' sebaik sahaja memasuki kawasan Port Dickson.
Setibanya di apartment KWSP.
Basikal mahal, mesti mau simpan dalam bilik maaa ...
Jumlah jarak kayuhan dari rumah Ah Chong ke apartment KWSP.
Rakan2 sebilik yang pengsan keletihan.
Mata tak boleh zZz. Jalan2 di pantai berhampiran apartment.
Naik ke rumah api yang terletak di atas puncak bukit Tg. Tuan.
Lepak ramai2 dlm satu bilik layan cerita di siaran berbayar.
Jalan2 usha barang bundle kat kedai berhampiran pantai Port Dickson.
Menikmati makan petang merangkap mkn tghari & mkn mlm @ Watie Beach Cafe. Hidangan spesel di sini, nasi kukus ayam panggang Bagan Pinang. Sambil makan, pengunjung dihidangkan dgn alunan muzik berentak western & country.
Hidangan ayam panggang Bagan Pinang sedang disediakan.
Menikmati pemandangan matahari terbenam di sebuah taman berdekatan pantai.
Bersarapan pagi di sebuah warung di Seremban, dalam perjalanan pulang ke KL pada pagi Ahad.
Setibanya di rumah Ah Chong. Lepas ni semua zZz pengsan sebab keletihan
No comments:
Post a Comment