ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

26 March 2010

Program Jom Kayuh ! 09.05.2009

- Sabtu, 9hb Mei 2009.
- program anjuran PRADAS (Persatuan Radio Amatur Selangor) bersama Persatuan Penduduk Blok 6 Desa Mentari.
- acara pelancaran & pelepasan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib
- pertama kali menyertai kayuhan konvoi secara beramai2 sebegini, sebelum ni cuma berbasikal secara solo atau dalam kumpulan yang kecil.
- turut menyertai kayuhan ini sekumpulan org buta yg menaiki 'tandem bike', begitu kagum dengan semangat yg ditunjukkan oleh mereka.
- teringat kata2 seorg rakan baru, OKU ini sebenarnya lebih baik ditakrifkan sebagai 'orang kuat usaha', bukannya orang kurang upaya ...

#  laluan berbasikal:

(a) acara perasmian & pelepasan: kayuhan Desa Mentari ke plaza tol Sg. Way.
[basikal dinaikkan ke atas lori & peserta2 menaiki kenderaan pengiring sehingga ke Putrajaya]
(b) kayuhan Putrajaya ke Salak Tinggi [berhenti rehat]
(c) kayuhan Salak Tinggi ke Sepang [berhenti rehat]
[basikal dinaikkan ke atas lori & peserta2 menaiki kenderaan pengiring sehingga ke Lukut]
(d) kayuhan Lukut ke Teluk Kemang [berhenti rehat, makan tengahari]
(e) kayuhan Teluk Kemang ke Kuala Linggi [berhenti rehat, basikal dinaikkan ke atas lori & peserta2 menaiki kenderaan pengiring ke Stadium Hang Jebat, Melaka]
(f) kayuhan Stadium Hang Jebat ke Taman Botanikal, Ayer Keroh. Di Taman Botanikal, peserta2 dikumpulkan bersama pengayuh2 dari selatan tanahair [berhenti rehat]
(g) kayuhan beramai2 dari Taman Botanikal ke Litar Go Kart Melaka. Memeriahkan acara perasmian litar go kart bersama ketua menteri Melaka Dato Ali Rustam, dif2 kehormat  & tetamu2 jemputan.

Sesudah selesai acara, ada yg terus pulang manakala ada yang menginap di apartment yg disediakan oleh pihak penganjur bertempat di Melaka Raya dan pulang pada hari Ahad.

# Klik berikut utk info mengenai PRADAS (Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor):

# Klik berikut utk info mengenai Melaka:


Banner acara yg diletakkan pada salah sebuah kenderaan pengiring / logistik.

Awal2 pagi lagi selepas subuh Polygon & Jamis udah terpacak di lokasi kejadian : )


Sebahagian peserta2 kayuhan bergambar kenang2an bersama banner acara.

Bacaan doa selamat dibaca, memohon keselamatan dan kejayaan acara.

Peserta 'bionik' pun turut serta menjaya & memeriahkan acara.

Ucapan dari Yang Berhormat Senator Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, beliau kemudiannya melancarkan seterusnya melepaskan peserta2 acara kayuhan ini.

Check point pertama, berhampiran plaza tol Sunway lebuhraya LDP. Semua basikal dimuatkan ke dalam kenderaan logistik.

Sebahagian lagi basikal2 milik peserta dimuatkan ke dalam kenderaan logistik.

Apartment kami di Melaka Raya, turut dikongsi oleh anggota polis pengiring yang bertindak mengiringi konvoi kami dari Selangor ke Melaka. Terima kasih abang2 polis trafik !!

Eye on Melaka, pandangan dari tingkap dapur apartment kami.

Suasana Eye on Melaka pada waktu petang.

Antara peserta2 yang ketinggalan bas untuk pulang ke KL pada pagi Ahad, termasuk aku juga.
Terpaksa cari bas sendiri untuk pulang huhuhu ...

"Hmm, nasib le nak kejar bas. Kalau tak boleh gi naik Menara Taming Sari ni dulu" ...

'Close up' bahagian atas Menara Taming Sari.


No comments: