ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

30 August 2010

Le Tour de Perak: Bhgn 1

Perjalanan kembara berbasikal oleh Azizan @ Wakjan & adik bongsu beliau Azri. Melintasi beberapa daerah di negeri Perak, melawati beberapa tempat menarik / bersejarah dan juga menikmati hidangan tempatan. Perjalanan yang pada mulanya dirancang untuk dibuat dalam masa 5 hari, telah dipadatkan kepada 3 hari. Compressed !!

Info kayuhan:
* 22.06.2010, Selasa
*Jarak kayuhan: 161.04 km

* Masa diambil: 8 jam 42 min 41 saat (tidak termasuk waktu berhenti rehat)

* Laluan: [Sabak Bernam, Selangor (daerah Sabak Bernam)] ~ [Hutan Melintang (daerah Hilir Perak)] ~ [Seberang Perak (daerah Perak Tengah)] ~ [Kayan – Lekir – Seri Manjung - Pantai Remis (daerah Manjung)] ~ [Sg. Kerang - Trong - Changkat Ibol (daerah Larut, Matang & Selama)]

* Hentian R & P (rehat & pisang) setiap 50km: Kayan, Pantai Remis & Trong.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat saudara Afrizal yang membelanja kami makan tengahari di restoran milik mertuanya di Seri Manjung. Juga tidak lupa pada uncle Rahman yang menumpangkan kami di istana hinggapnya serta membelanjai kami makan malam & sarapan pagi di Changkat Ibol. Hanya Allah SWT lah yang dapat membalas budi baik kalian. Diucapkan terima kasih pada orang ramai yang memberikan semangat & dorongan sepanjang perjalanan, dlm bentuk ucapan mahupun lambaian tangan ataupun bunyi hon hehehe ...

p/s: Harap maaf tiada log koordinat GPS ataupun catatan terperinci kayuhan kerana dengan berbuat demikian dirasakan agak menghalang keseronokan 100% kembara ni.



Bridgestone, bersedia untuk 'touring'

Jamis X Trail 2.0 juga bersedia untuk 'touring'

Bekalan makanan sepanjang perjalanan, 'powerbar perisa pisang asli' hehehe ...

 Baru melepasi jambatan Sg. Bernam, yg menjadi sempadan antara Selangor & Perak

Di atas jambatan yang merintangi Sungai Perak.

 Ingatan untuk semua ...

Jambatan Raja Permaisuri Bainun, di Sg. Dinding, Manjung.


 Daerah Manjung ditinggalkan, memasuki pula daerah Larut, Matang & Selama


 Setibanya di Changkat Ibol, Taiping. Basikal2 di'rehat'kan hehehe ...


 Terbongkang kepenatan, terima kasih pakcik Rahman untuk kemudahan penginapan ini


Pakaian mengayuh sempat dicuci & dikeringkan untuk digunakan keesokan harinya.


 Jarak kayuhan hari pertama.


Jumlah masa kayuhan hari pertama (tidak termasuk waktu hentian rehat)



No comments: