ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

30 August 2010

Le Tour de Perak: Bhgn 2

Info kayuhan:
Hari kedua, 23.06.2010, Rabu:
*Jarak kayuhan: 49.78 km sahaja, dekat kan ?

* Masa diambil: 3 jam 40 min 19 saat (tidak termasuk waktu berhenti rehat)

* Laluan: Changkat Ibol ~ Changkat Jering ~ Simpang ~ Matang ~ Kuala Sepetang (Port Weld) ~ Taiping

* di Matang, ambil gambar kenangan di hadapan Kota Ngah Ibrahim, rumah Kapten Speedy & balai penghulu Matang.

* Kuala Sepetang: jumpa papantanda lama stesyen keretapi Port Weld, berpeluang melawat kilang membuat arang & pekena mee banjir udang di Kuala Sepetang. Dalam perjalanan ke Taiping, kami mengambil jalan lama laluan warisan keretapi Taiping - Port Weld. Laluan itu meliputi Matang Road, Jebong, Aulong & Kg. Boyan.

* terpaksa berteduh bawah sebuah pondok di Taman Tasik Taiping akibat hujan lebat yang diselangi dengan petir & angin kencang.

* terima kasih diucapkan pada saudara Najib yang membenarkan kami bermalam di rumah sewa beliau.


 Bersarapan dgn pakcik Rahman sebelum beliau bergegas ke Ipoh. Menu nasi ayam, seawal 10 pagi !

 Memasuki mukim Matang. Kota Ngah Ibrahim sayup2 belakang sana ...

'Jentera kayuhan' di hadapan Kota Ngah Ibrahim

 Di hadapan rumah Kapten Speedy

Di balai penghulu Matang, balai penghulu terawal di Perak

 Corak menarik dalam Balai Penghulu Matang, bangunan warisan Perak

Kuala Sepetang, dah tak jauh lagi ...

 Jumpa juga papantanda Port Weld, warisan landasan keretapi Taiping - Port Weld, 1885

Berehat sebentar di teduhan gerai2 makanan Port Weld

Antara aktiviti harian penduduk setempat Port Weld @ Kuala Sepetang.

Pokok2 bakau di Komplek Eko Pelancongan Paya Bakau Matang

Kayu2 bakau menunggu giliran utk dijadikan arang di dalam relau pembakaran

Pekerja2 sedang mengasingkan kayu arang yg telah dibakar utk proses pembungkusan

Bridgestone & Jamis X Trail 2.0 di letakkan dalam kilang arang.

Bot2 yg membawa kayu bakau ke kilang utk diproses.

 Mee udang Kuala Sepetang. 'Selak udang, nampak mee' ...

Penamat pada laluan bersejarah warisan keretapi 'Taiping - Port Weld 1885' kami pd hari itu

Pemandangan bahagian dalam stesyen keretapi Taiping

Awan hitam & petir menanti kehadiran kami di hadapan sana ...

 Sebuah bangunan lama di pekan Taiping

Berehat seketika di Taman Tasik Taiping

Spot 'wajib - Taiping'

Pekena minuman panas sementara tunggu hujan reda

Nasib ada wakaf, dapatlah dijadikan tempat kami berlindung dari hujan ribut

Untuk melihat album gambar lengkap, layari:
http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/958/_Le_Tour_de_Perak_23.06.2010

No comments: