Hari terakhir untuk 'touring' kami, merupakan kayuhan paling jauh antara ketiga2 hari, juga rekod peribadi kayuhan touring paling jauh untuk sehari. Dari Taiping, masuk ke Kuala Kangsar dimana tempat saya dilahirkan. Memasuki Manong, Bota Kiri, Lambor Kiri, Seberang Perak, Hutan Melintang dan terus ke Sabak Bernam.
Info kayuhan:
Hari ketiga, 25.06.2010, Khamis
* Jarak kayuhan: 203.96 km
* Masa diambil: 11 jam 42 min 15 saat (tidak termasuk waktu rehat)
* Laluan: Taiping (bersarapan pagi, kemudian ronda sekitar kawasan Taman Tasik Taiping) ~ Air Kuning ~ Changkat Jering ~ Bukit Gantang (menziarahi pusara Long Jaafar) ~ Padang Rengas (layan laluan berbukit) ~ Kuala Kangsar (melawat pokok getah tertua di Malaysia; hospital tertua di Kuala Kangsar; MCKK; seberang sungai Perak untuk ke Sayong, lepak di dataran Sg. Perak; pekena laksa, cendol & mee rebus) ~ Manong (di pertengahan jalan singgah di Hutan Lipur Ulu Kenas) ~ Bota Kiri ~ Lambor Kiri ~ Seberang Perak ~ Hutan Melintang ~ Sabak Bernam (TAMAT!!)
Syukur Alhamdulillah, segala jentera anggota (tubuh badan daaa) dan juga jentera kayuhan (basikal) berada dalam keadaan sihat sejahtera & baik. Terima kasih untuk kata2 semangat & doa dari saudara mara serta rakan2. Sehingga berjumpa lagi di trip touring yang akan datang, majulah aktiviti 'touring' untuk semua ...

Saudara Najib, yg menumpangkan kami di rumah beliau
Menu sarapan pagi tipikal warga Malaysia, nasi lemak ...
Menikmati sinaran matahari terbit di Tmn Tasik Taiping
Tol & petrol, ada kami kisah ?
Makam Long Jaafar di Bkt Gantang
Laluan mendaki di Bkt Gantang. Lori balak yg perlahan tu pun lagi laju dari kami huhuhu ...
Lintasan rel keretapi di bahagian atas
Padang Rengas, mula memasuki daerah Kuala Kangsar. Sebelah kanan tu ialah lebuhraya PLUS
Pit stop beli pisang di pasar Padang Rengas
Yeayyy, dah masuk pekan Kuale Kangsor !!
Ooo, ini rupanya MCKK ...
Bendera negeri Perak, di pagar padang MCKK
Pakcik 'tak betul' yg meneliti basikal2 kami ...
Di hadapan pokok getah tertua di Malaysia, sejak tahun 1877
Labu sayong gergasi, di Kuala Sayong
di jambatan melintasi Sg. Perak. masa tiada jambatan ni dahulu, terpaksa naik bot ke Sayong.
Pekena laksa & cendol, di gerai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tepi Sg. Perak
Kuala Kangsar, bandar diraja Perak
Hutan Lipur Ulu Kenas, antara jalan Kuala Kangsar - Manong
Laluan balik tak ikut Manjung, ikut Bota Kiri ...
Jumlah jarak perjalanan untuk 3 hari
Jumlah masa kayuhan (waktu berhenti tidak diambil kira)
17.2 km/jam, purata kelajuan kayuhan
Untuk melihat gambar penuh, layari http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/959#
No comments:
Post a Comment