Kayuhan dari Bandar Tun Razak (BTR) ke Mantin dan kembali ke BTR melalui Jalan Cheras, Saujana Utama & Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS). Jarak sekitar 100km, pergi dan balik.
Ah Chong, abang Ken & Wakjan bertiga berkayuh dari rumah Ah Chong di BTR, sebelum disertai oleh Along di jalan Cheras. Jumlah peserta2 bertambah dengan kehadiran beberapa pengayuh yang sedia menunggu di Shell berdekatan Kajang. Konvoi memasuki jalan dalam yang kemudiannya keluar di jalan Saujana Utama.
Beberapa kilometer dari persimpangan Semenyih / Rinching di Lebuhraya LEKAS, basikal abg Ken mengalami masalah dimana rimnya bengkok. Konvoi kemudian berhenti berhampiran plaza tol Semenyih untuk kerja2 pembaikan. Seolah2 tahu ini akan berlaku, abang Ken kebetulan membawa set lengkap peralatan membaiki & menyelenggara basikal. Begitu juga dengan kehadiran Along yang dapat membantu membuka & memasang kembali jejari rim yang patah. Nasiblah ada pakar membaiki basikal, kalau ikut idea Ah Chong, hendak dihempuknya rim tersebut hasil dari pengalaman beliau sendiri ketika rimnya bertukar menjadi angka lapan hehehehe : )
Malam itu, abang Ken khususnya & rakan2 lain amnya dapat berkongsi pengalaman membuka sistem internal hub 3 speed pada basikalnya & teknik membuka serta memasang seterusnya mengetatkan jejari rim. Bagi rakan touring seperti abang Sam Sufi, abang Ken & Wakjan, pengalaman ini memberikan ilham untuk membawa jejari (spoke) lebihan untuk digunakan jika terdapat kerosakan.
Selesai kerja2 pembaikan, basikal abang Ken dapat digunakan semula & perjalanan disambung semula. Konvoi berhenti seketika di R&R bagi melepaskan lelah, makan/minum & tidur dalam jangkamasa yang pendek. Perjalanan disambung semula dan konvoi berhenti di persimpangan Mantin untuk mengumpulkan semua peserta. Cukup kesemua ahli, konvoi ke kedai makan berhampiran simpang tiga lampu isyarat jalan Mantin / Seremban - persimpangan Mantin LEKAS. Semasa makan, kami dihiburkan oleh dendangan karaoke lagu2 lama (rasanya lagu 60an kot?) oleh penduduk warga tempatan yang kebetulan makan sambil berkaraoke di kedai tersebut.
Selesai makan, kami semua bertolak pulang dengan menggunakan jalan yang sama, lebuhraya LEKAS. Sampai di plaza tol Semenyih / Bangi, semua berhenti rehat & tidak kurang ada juga yang mengambil kesempatan untuk tidur kerana sudah tidak tahan mengantuk.
Dalam perjalanan pulang, konvoi terpisah di Saujana Utama dimana beberapa peserta dari Kajang akan menukar haluan perjalanan mereka. Sesudah bersalaman & mengucapkan selamat tinggal; Ah Chong, abang Ken, Along & Wakjan meneruskan perjalanan pulang. Di persimpangan masuk ke Taman Len Seng berhampiran Plaza Phoenix, konvoi sekali lagi terpisah dimana Along pulang ke Ampang Tasik manakala peserta lain menghala ke arah BTR. Kayuhan tamat di rumah Ah Chong, hanya beberapa minit sebelum azan solat Subuh berkumandang ...
Gambar2 dari laman Facebook Ah Chong http://www.facebook.com/album.php?aid=8919&id=100000816656695
Bersiap2 dari rumah Acong di Bandar Tun Razak
Rakan2 pengayuh yang setia menanti di Shell berhampiran bandar Kajang
Abang Ken dengan beberapa rakan pengayuh baru
Basikal touring ada 3 buah malam tu: abang Ken, abang Sam & Wakjan.
Basikal oldskool milik Along
Ikut shortcut jalan dalam Saujana Utama
Barisan hadapan menunggu kedatangan geng basikal touring di belakang. Ketika ini basikal abang Ken sudah mula bermasalah
"Apasal papantanda atas tu tak letak gambar basikal sekali ?"
Wakjan ala2 peronda lebuhraya berbasikal
Proses troubleshooting/faultfinding sedang berlangsung
Nasiblah ada lampu limpah lebuhraya yang terang benderang, senang nak buat kerja
Dahpun tiba di persimpangan Mantin lebuhraya LEKAS, tunggu kawan2 di belakang ...
Ah Chong ingin memanggil talian bantuan untuk membawa balik dirinya serta basikal pulang ke rumah
Berehat bawah papantanda elektronik
Renti melelapkan mata sebentar di plaza tol Semenyih
Sessi bersalaman sebelum pengayuh2 dari Kajang menukar haluan untuk pulang.
Sehingga berjumpa lagi semua ...
No comments:
Post a Comment