Kayuhan bersempena harilahir Hairul, juga sebagai latihan untuk menghadapi Kayuhan Jasin pada 02.05.2010. Trek ini kalau berjalan kaki memang senang, tapi kalau bawa basikal fuhhh susah tak ingat !! Bak kata Pojie yg turut serta, "gi xpdc CUS pun tak susah macam gi sini" ...
Memetik kata2 Hadri pula, "ingatkan minggu ni santai je rupanya lagi teruk" ...
Tak dapat lepak lama di airterjun akibat gangguan lebah yang banyak. Patutlah ramai pengunjung2 yang turun awal sebelum tengahari. Dalam perjalanan, kami ditegur oleh seorang mat saleh yang baru pulang. "Are you going up or down?" Aku menjawab, "going down sir". Beliau seolah tidak percaya dengan jawapan kami, lalu berkata dengan nada bergurau: "I want to see you going up" ...
Waktu pulang, Hadri & Pojie tidak dapat lepak lebih lama kerana ingin pulang bagi menghadiri majlis pelancaran Ekspedisi Mendaki Gunung Everest disebelah malamnya. Dalam perjalanan pulang, aku dah Hairul layan pekena air tebu disebuah gerai pakcik berhampiran jalan masuk ke Sg. Chongkak. Teringat pada Hadri yang asyik menyebut nak minum air tebu masa memikul basikal di laluan berbukit yang mencanak, kempunan dia hari tu hehehe ...
* Dipetik dari laman Multiply Azizan:
http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/931/Eksplorasi_Berbasikal_Airterjun_Lepoh_25.04.2010
Jentera kayuhan bersama jentera logistik masing2
Jambatan kayu di permulaan laluan
Jambatan kayu ketiga dah runtuh
Pondok dusun pun dah usang
Jentera2 kayuhan bersama sebatang pokok yang unik
Aksi lepak sambil mengorat awek2 yang balik dr airterjun
Ketiga2 model airterjun Sg. Lepoh sedang bergaya
Model bergaya dari sudut yg lain pula
Apa yang penting ? "Kerjasama" ...
Berehat sebentar melepaskan lelah sebelum melalui laluan berbukit yang agak mencanak
Merenung masa lalu, semasa melalui detik2 perjalanan yang menjerihkan
Model dengan pelbagai ekspresi muka & mood
Gambar bukti dah sampai ke airterjun utama. "Ini bukan guna teknik super - imposed aaa" ...
Hadri nakkan kelainan, bergambar bersama basikal berdekatan airterjun
Siapa kata kita tak boleh berenang bersama basikal ? Hadri telah membuktikannya !!
Gambar kenangan yang lebih ekstrim, kawasan sebelah atas airterjun pula ...
Gambar bukti utama, semua orang sampai di airterjun utama dengan basikal masing2
1 comment:
hahaha.. gambar hadri ngan beskal dalam air rasa cam smart laa plak... hahaha...:D
Post a Comment