ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

24 May 2010

Ibukota Cinta: 08.05.2010

Kayuhan cari stamina sempena Jambori HTR Ipoh nanti.
Peserta2 Ah Chong, Hairul, Pojie & Wakjan.
Jarak kayuhan cuma 45km (betul ke meter ni,apasal aku rasa macam jauh je), banyak laluan berbukit huhuhu.
Laluan: Jalan Ampang - PWTC - Bukit Tungku - Pejabat Kerajaan Jln Duta - Seri Hartamas (makan) - Pejabat Kerajaan Jln Duta - Segambut - Sentul - Taman Tasik Titiwangsa - Lebuhraya DUKE - Setiawangsa (makan lagi) AU2

Hentian tambah kalori di sebuah kedai makan di Sri Hartamas. Yang uniknya kedai ni sentiasa memainkan lagu2 / dialog2 dari filem lama. Juga dihiasi dengan gambar2 artis veteran. Hentian tambah kalori sekali lagi di Setiawangsa, sambil menonton perlawanan bolasepak secara langsung sebelum masing2 pulang dan bersurai.

p/s: dalam kayuhan ni, Pojie dikejutkan dengan kejaran beberapa ekor anjing, sekitar 6 ekor rasanya. Yang hairannya, orang lain tak mau pula anjing tu kejar hahahaha ...


Mula berkumpul di kediaman Hairul

Ah Chong jenuh menunggu, sampai ngantuk2. Maafkan kami penghuni papantanda, maafkan kami ...

The classroom is evolving, so as the PK Riders !!

"Bila larut malam, tara kucha tara kucha kucha ... Suasana sepi, tara kucha tara kucha kucha" ...

Foto grup di sebuah persimpangan dalam Bukit Tungku

Beli sebuah banglo RM4juta dpt basikal ni percuma !! Tawaran terhad, dapatkan sebelum terlambat !!

Sesi penambahan kalori yg pertama, sebuah kedai makan 'unik' di Seri Hartamas

Antara potret artis2 veteran dan lampu minyak tanah menghiasi restoran ini

Lagi gambar2 ...

Di satu sudut hujung kedai

Meneruskan perjalanan, selepas mencekik ...

Di laman Taman Tasik Titiwangsa

Order here ! Drive thru or cycle thru ?

Pandu lalu = kayuh lalu ?

Sesi penambahan kalori lagi, siap tgk perlawanan bolasepak sekali

8 comments:

hadri said...

rasanya line up tu ada yg tak btol tu, saya takda mlm tu..pojie ader la

Azizan Zolkipli said...

yeahhh, you are left, ehhh right !!
maaf memang nak masukkan nama Pojie tapi termasukkan nama kau plak. udah diperbetulkan, terima kasih atas keperihatinan anda :)

Juice said...

Jamis kena serbu dgn peminat yerk...
hahahhaha..

Azizan Zolkipli said...

Jamis semut hitam mmg famous, padahal aku dgn Hairul ada kat blkg mad dog tu buat derrrkkkk aje hehehe ...

Acong said...

arggghhh tidakkkk....beskal ku kena lelongg

Azizan Zolkipli said...

AhChong: oklah tu, beli rumah sebiji RM4juta baru dpt basikal. kalau beli rumah kos sederhana belum tentu dapat basikal free sebiji hahaha ...

dee ridzuan said...

kelakar laa ko wakjan..gambo2 tuh!
kasik aku gelak dulu!
kahkahkah

Azizan Zolkipli said...

Dee, pelakon kami si AhChong tu memang pelawak orangnya hahahaha ...