ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

06 May 2010

Tuah Ride: 15 - 16. 04. 2010

* Artikel & gambar2 dari laman Multiply Azizan:
http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/928/Kayuhan_Tuah

*Gambar2 lain, di laman Multiply Muzammil:
http://normuzammil.multiply.com/photos/album/154/Kayuhan_Si_TuahSi_Tuah_Ride

Info Kayuhan
** Peserta & basikal **
1) Muzammil, Bridgestone 26” bersama beg pannier Ottlieb
2) Hamdan, Dawes Discovery 501 700C, beg pannier O - GNS
3) Azizan, Bridgestone 26”, beg pannier Top Peak

** 15hb Apr 2010 **
# Muzammil, Hamdan & saya meninggalkan Lestari Puchong (N 02 59 43.4 / E 101 39 46.6) tepat jam 0800*.
(* waktu adalah dalam sistem 24 jam)

# Tiba di Restoran Hamid Jaya (N 02 52 48.7 / E 101 39 55.1) untuk sarapan pagi pada jam 0850. Odometer mencatatkan jarak kayuhan 16.49 km.

# Check point 1, Petronas Bandar Baru Salak Tinggi (N 02 48 22.4 / E 101 42 59.1) pada jam 1035. Jarak kayuhan 31.51 km, telah mencapai satu perempat dari jumlah jarak ke Tg. Bidara. Meneruskan perjalanan naik – turun bukit melalui Bandar Baru Salak Tinggi diikuti pekan Salak.

# Dari Salak ke Sepang, begitu juga Sepang ke Lukut, laluan adalah berbukit dan perjalanan begitu menjerihkan terutama ketika melalui kawasan Bukit Pelandok & Tanah Merah. Dah rasa macam nak merebut jersi ‘raja bukit’ pula hahahaha. Tiba di check point 2, Petronas D’ Ambang Kota, Lukut (N 02 35 30.1 / E 101 49 15.7) pada jam 1310. Jarak kayuhan 64.5 km, separuh dari keseluruhan laluan Puchong ~ Tg. Bidara telah dilalui.

# Berhenti rehat di Medan Selera Bt. 4 Port Dickson (N 02 29 54.1 / E 101 50 20.2) pada jam 1515. Jarak kayuhan mencapai 79.8 km, iaitu 65.9% dari jumlah keseluruhan.

# Check point 3, berdekatan Tiara Beach Resort (N 02 25 56.0 / E 101 54 06.0) pada jam 1650. Jarak kayuhan telah mencapai 94.9 km, bermakna lagi satu perempat dari jumlah jarak perjalanan. Baru beberapa meter berkayuh, tayar basikal Hamdan mengalami kebocoran akibat terlanggar satu dawai halus yang tajam . Tiub baru dipasang dan perjalanan diteruskan …

# Hentian Rehat Tg. Agas (N 02 23 52.0 / E 101 58 56.3) pada jam 1820 dengan jumlah jarak kayuhan 106.9 km. Kawasan ini terletak bersebelahan jambatan Sg. Linggi, yg menjadi penghubung juga sempadan kepada Negeri Sembilan dan Melaka. Sessi fotografi di papantanda sempadan negeri. Meneruskan perjalanan melalui Kuala Sg. Baru. Tersesat jalan pula memasuki arah ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg. Baru, berpatah balik dan kembali memasuki ke jalan yang betul. Mengalami pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan ketika menyusuri jalan di tepi pantai sambil menikmati bunyi hempasan ombak dan tiupan angin laut.

# Tiba di Pengkalan Balak sekitar jam 2000 barangkali. Tak ingat nak tengok koordinat GPS dan waktu tiba sebab nak meninjau tempat untuk menginap serta makan malam. Odometer menunjukkan jumlah kayuhan 127.3 km. Ronda – ronda sampai ke Tg. Bidara untuk mencari tempat penginapan. Malangnya tak banyak chalet yang dibuka, gelap sahaja. Bertanyakan harga pada beberapa chalet untuk info. Rata – rata chalet di sini mengenakan harga sekitar RM70 semalam untuk hari biasa dan RM90 pada hujung minggu. Setelah meninjau & berbincang bersama, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Angin Laut Chalet, itupun setelah pemilik chalet sudi untuk menurunkan harga setelah dirayu dan menunjukkan muka kesian hehehe. Kami menyewa bilik di tingkat bawah, basikal – basikal dimasukkan kedalam bilik. Selesai membersihkan diri, kami makan malam di restoran berhampiran. Selesai makan malam, macam biasa berehat zZzZzz dalam bilik yang dilengkapi penghawa dingin, yezzzzaaaaaa …

** 16hb Apr 2010 **
# Bangun awal, layan suasana ombak air surut di waktu pagi. Meninjau tempat untuk sarapan pagi, dapati ada dua kedai makan berhampiran yang dibuka pada pagi itu. Mandi, bersiap & berkemas barang- barang. ‘Check out’ dari chalet dan bersarapan pagi di kedai makan berhampiran.

# Selesai bersarapan, meninggalkan Angin Laut Chalet (N 02 19 12.5 / E 102 04 15.0) pada jam 1005.

# Singgah di kedai runcit pekan Kuala Sg. Baru (N 02 25 52.9 / E 102 02 19.9) jam 1050 untuk membeli bekalan minuman.

# Berhenti rehat di check point 1 berhampiran Palm Spring & Tiara Beach Resort (N 02 25 52.9 / E 101 53 57.0) jam 1240. Jumlah jarak kayuhan 156.2 km dicampur jarak keseluruhan hari pertama. Meneruskan perjalan melalui Sg. Panjang, Teluk Kemang dan berhenti rehat serta makan tengahari di Port Dickson, terlupa pula untuk mencatatkan koordinat GPS & masa berhenti.

# Rehat ‘cari angin’ di check point 2 pekan kecil Tanah Merah Site C (N 02 36 58.7 / E 101 48 06.9) pada jam 1625 setelah ‘pra laluan Raja Bukit’ melalui D’ Ambang Kota, Lukut. Odometer menunjukkan angka 2389.3 km, iaitu sudah 191.3 km dilalui sejak hari pertama juga telah melepasi 50% jarak perjalanan pulang.

# Berhenti untuk membeli minuman di check point 3 Petronas pekan Salak (N 02 47 00.7 / E 101 45 01.8) pada jam 1800. Memasang lampu depan dan belakang untuk persediaan berkayuh malam. Langit pun nampaknya gelap sahaja seakan mahu hujan. Meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Salak Tinggi, di sini kami menghadapi hujan dan terpaksa berhenti seketika di sebuah stesyen minyak berhampiran. Apabila mendapati hujan telah berhenti, kami meneruskan perjalanan melalui lebuhraya yang melepasi persimpangan Kota Warisan.

# Melalui kawasan lebuhraya berhampiran Putrajaya sebelum sampai ke Lestari Perdana, Puchong. Cabaran paling utama ialah terpaksa menghadapi kereta yang dipandu laju serta banyak persimpangan. Paling membahayakan ialah apabila menghadapi pemandu yang suka menukar lorong di saat akhir, membelok tanpa memberikan lampu isyarat serta kemungkinan untuk dilanggar dari belakang oleh pemandu yang mungkin tidak menyedari kehadiran kami.

# Tiba di Restoran Al Azwath (N 02 59 49.9 / E 101 40 04.9) pada jam 2050. Odometer menunjukkan jumlah jarak kayuhan 250.3 km. Hendak pulang ke Lestari Perdana pun semacam tidak larat melalui jalan berbukit berhampiran Jaya Jusco Tmn Equine. Rupanya sebab kalori sudah tidak mencukupi hehehe. Menu makan malam saya roti nan cheese bawang bersama ayam tandoori beserta kopi o panas. Sesudah makan malam, kami bertiga meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Lestari Perdana di mana kami memulakan perjalanan pada 15hb Apr 2010. Sesudah mengemaskan barangan & basikal, saya dan Hamdan masing – masing bersurai untuk pulang ke rumah.


 Di zon pelepasan, rumah Muzammil.

 Menu sarapan pagi di sebuah restoran berdekatan simpang jalan masuk ke Taman Cabaran Putrajaya

Lagi sikit nak sampai Bandar Baru Salak Tinggi

'Jijan' dalam papantanda berikut tiada kaitan dengan 'Azizan' hehehe ...

 Sebaik sahaja melepasi kawasan pembinaan jambatan baru di Sepang. Hamdan di papantanda aluan masuk ke Negeri Sembilan

Bersiap sedia untuk memasuki zon kayuhan 'jersi raja bukit'

 Lega ... Sebaik sahaja meninggalkan zon kayuhan 'jersi raja bukit' 


 Berhenti makan tengahari di Kopitiam Bangi cawangan Port Dickson


Menu nasi ayam (ayamnya punyalah liat), waktu lebih kurang 3ptg+


 Dahpun sampai di Telok Kemang


Berhenti rehat di checkpoint 3, berhampiran Tiara Beach Resort. Sudah menempuh 3/4 dari jumlah laluan kayuhan


 Di hentian rehat Tg. Agas, berlatarbelakangkan jambatan yang melintasi Sungai Linggi, sempadan Negeri Sembilan - Melaka


Selamat datang ke negeri Melaka


Destinasi yang dituju dah tak jauh, Tg. Bidara lagi 23km


Basikal dimuatkan ke bilik penginapan kami di Pengkalan Balak, untuk tujuan keselamatan


Angin Laut Chalet, tempat penginapan kami bertiga


Check - out, sarapan pagi di kedai makan berhampiran. Parking basikal pun sebelah meja makan je


Bersarapan dgn nasi lemak + mi kari + kopi o + pemandangan & suasana tepi pantai yg indah


Muzammil & Hamdan sedang menikmati juadah sarapan pagi mereka


Japanese built bike invaded Pengkalan Balak beach ...


Warga tempatan sedang mencari rezeki


Sebelum berkayuh pulang, bergambar dgn papantanda menjadi satu kemestian !!


Rumah klasik yg kami temui, sekitar kawasan Kuala Sg. Linggi


Di pekan kecil Tanah Merah C, jenuh nak menghadap lagi Bukit Pelanduk ...


Kelang lagi 101 km ? Aduhaiiii ...


Panorama matahari tenggelam yang begitu indah, dirakam berhampiran Bandar Baru Salak Tinggi. Lagi 1/4 dari jumlah jarak perjalanan pulang untuk ditempuhi

No comments: