Bagi mendukung semangat cintakan alam sekitar, PK Riders telah menyertai hari Green the Earth yang dianjurkan oleh kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Program ini menggabungkan tiga acara dalam satu iaitu berbasikal, menanam pokok dan majlis minum petang (hi - tea).
Risalah program
Program dimulai dengan aktiviti kayuhan santai sejauh 15.4 kilometer dari Taman Cabaran Putrajaya ke Paya Indah Wetlands (PIW) yang terletak 7.3 kilometer dari pekan Dengkil. Seawal jam 0730 pagi peserta - peserta telah mula berkumpul di Taman Cabaran Putrajaya. Acara yang direncanakan untuk bermula pada jam 0800 pagi ini tidak dapat dilakukan tepat pada masanya kerana menunggu kehadiran peserta - peserta. Hujan yang lebat pada awal pagi di beberapa kawasan sekitar lembah Kelang dan permukaan jalan yang licin mungkin menghalang peserta - peserta untuk memandu kenderaan mereka pada kelajuan sepatutnya lantas melambatkan kehadiran mereka. Terdapat juga beberapa beberapa peserta yang sesat jalan kerana terkeliru antara Putrajaya Wetland dengan Paya Indah Wetland.
Antara mereka yang sampai awal di Taman Cabaran Putrajaya pada pagi itu
Basikal - basikal yang dibawa oleh rakan - rakan d' 68k
Geng d' 68k iaitu Nik, Papit & Along
Basikal - basikal yang dibawa oleh rakan - rakan d' 68k
Geng d' 68k iaitu Nik, Papit & Along
Jumat, bersama T Bolt oren kesayangan beliau
Jay Hamid, datang dengan Jamis 'Bas Kilang' beliau
Sabri bersama Pinarello beliau. Crank karbon tu, terbaekkk dari ladang hehehe ...
Pasangan suami - isteri, Bulat & Azlen bersama Cannondale F3000 yang sungguh oldskool ...
Sham bersama, ehhh, mana perginya Specialized beliau ?? Sedang di kayuh - uji oleh kengkawan kot ...
Gabungan peserta dan pengiring bergambar kenangan, sementara menunggu kehadiran peserta - peserta
Sham bersama, ehhh, mana perginya Specialized beliau ?? Sedang di kayuh - uji oleh kengkawan kot ...
Gabungan peserta dan pengiring bergambar kenangan, sementara menunggu kehadiran peserta - peserta
Ah Chong sedang memasang handlebar basikal milik Alex sambil diperhatikan Jay
Sehati berdansa, ehhh, sehati berpakaian & berkayuh : )
Seramai 18 peserta bersama 'jentera kayuhan' masing - masing telah menyertai acara ini. Kombinasi campuran antara mountain bike (hard tail & full suspension), road bike, touring bike dan fixie mewarnai kepelbagaian basikal pada hari itu. Peserta turut disertai oleh empat orang pengiring dengan menaiki dua kenderaan yang bertindak sebagai marshall kawalan trafik merangkap jurugambar. Acara dimulakan pada jam 0830 pagi dengan Wakjan memberi ucap selamat serta taklimat kayuhan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh saudara Apip, Pengerusi Kelab OGKL. Tepat jam 0840 pagi, peserta - peserta berlepas meninggalkan Taman Cabaran Putrajaya dengan Hadri menjadi jurupandu arah manakala Wakjan bertindak sebagai sweeper.
Pasangan suami - isteri, Ahmad dan Ain sedang mendengar taklimat
Wakjan sedang memberi taklimat kayuhan pada semua peserta
Peserta - peserta khusyuk mendengar taklimat yang diberikan
Bersiap sedia untuk bergambar bersama kain rentang
Peserta bergambar bersama kain rentang kelab OGKL sebelum memulakan kayuhan
Peserta bersama kain rentang OGKL, dari sudut lain pula
Peserta menunggu dengan penuh kesabaran sebelum pelepasan
PK Riders group photo
Di awal kayuhan, Wakjan & Ajib menjadi sweeper
Melepasi persimpangan tanah perkuburan Cina - laluan masuk ke Taman Cabaran Putrajaya
Ahmad diikuti Sabri mendahului peserta lain kerana Sabri terpaksa pulang awal sebelum acara tamat
Kelompok utama ketika melepasi jambatan pertama
Melalui jambatan kedua, disajikan dengan pemandangan tasik yang sungguh mendamaikan
Ah Chong pula mengambil tempat di bahagian hadapan kelompok utama
Tidak beberapa jauh dari tempat untuk regrouping yang pertama

Sepanjang kayuhan, konvoi diketahui oleh Hadri yang bertindak sebagai guide telah berhenti sebanyak tiga kali untuk membuat regrouping. Pertama di persimpangan lampu isyarat jalan Kajang / Dengkil - Pintasan Dengkil, kedua berhampiran masjid di pekan Dengkil manakala yang terakhir di papantanda jalan masuk ke Paya Indah Wetlands. Hampir keseluruhan jalan adalah landai kecuali beberapa tempat mempunyai laluan pendakian iaitu antara pekan Dengkil menuju ke Pusat Serenti Dengkil. Tiba di jalan masuk utama, peserta bersama pengiring tidak melepaskan peluang bergambar beramai - ramai sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi penamat kayuhan yang juga merupakan lokasi acara menanam pokok pula.
Regrouping pertama di persimpangan lampu isyarat jalan Kajang / Dengkil - Pintasan Dengkil
Selepas regrouping pertama, jarak ke simpang masuk Paya Indah Wetlands hanya tinggal 6 kilometer
Peserta memasuki Jalan Dengkil - Banting menghala ke pekan Dengkil selepas lokasi regrouping pertama
Nina @ Spy, bertindak sebagai jurugambar rasmi pada hari itu
Memasuki kawasan pekan Dengkil
Pagi yang agak sibuk ketika konvoi kayuhan memasuki pekan Dengkil
Perjalanan diteruskan selepas regrouping kedua berhampiran masjid Dengkil
Ajib sempat memesan sarapan pagi dari kak Eryn
Di laluan yang terdapat pendakian, peserta telah mula terbahagi kepada beberapa kelompok
Papit dengan aksi beliau. Lawa helmet : )
Melepasi Pusat Serenti Dengkil, jarak simpang masuk ke Paya Indah Wetlands tinggal lagi 500 meter
Regrouping dan juga sesi fotografi.

Para peserta, dari kiri; Alexis, Jumat, Nik, Along, Papit, Jay, Ah Chong, Ajib, Cik Da, anak Cik Da, Pojie, Sham, Hadri, Ain, Bulat, Ahmad. Tiada dalam gambar; Sabri (pulang awal) dan Wakjan (jurugambar)
Marshall dan jurugambar, barisan hadapan dari kiri; Ila, Ain, Apip, Nina & Ayong
Selepas regrouping ketiga, peserta meneruskan kayuhan dengan baki lagi dua kilometer
Ah Chong dan Wakjan, diekori oleh kenderaan pengiring yang dipandu Apip
Kelompok utama makin menghampiri Paya Indah Wetlands
Sekumpulan peserta kem motivasi sedang bergambar kenangan ketika kami melalui kem PLKN berhampiran
Tepat jam 0945 pagi, semua peserta dengan diakhiri oleh Wakjan selaku sweeper selamat tiba di lokasi penamat. Di sini, semua peserta berehat sambil juadah ringan diberikan oleh pihak penganjuran. Sesudah berehat dan menikmati juadah ringan yang disediakan, peserta terlibat dalam acara menanam pokok pula. Sebanyak 20 batang pokok pelbagai jenis telah ditanam di lokasi menghadap blok asrama penginapan dan bersebelahan surau.
Wakjan yang bertugas sebagai sweeper, menjadi peserta yang terakhir tiba di lokasi penamat kayuhan
Jamuan ringan (packed light meal) diagihkan pada semua peserta
"Siap tapau dari kedai makan tepi jalan tu, ini tak aci huhuhu" ...
Barisan marshall pengiring dan jurufoto turut bersarapan pagi
Ahli keluarga & rakan - rakan turut datang memberikan sokongan
Kepelbagaian suasana dapat dilihat di lokasi penamat kayuhan
Cik Da mahu mengujikayuh basikal Specialized yang dipunyai oleh Sham
Selesai berkayuh, berehat serta bersarapan pagi. Berlangsung pula acara menanam pokok
Kelihatan Ah Chong sedang menanam pokok beliau
Selesai acara menanam pokok, acara wajib iaitu bergambar bersama kain rentang OGKL. Diapit oleh Ila & Nina adalah puan Adani dari Perhilitan Paya Indah Wetlands
Proses meletakkan plet peringatan
Macam biasa, sesi fotografi bersama plet peringatan pula
Selepas tamatnya acara menanam pokok, semua peserta kemudian bersurai untuk acara bebas. Masing - masing tidak melepaskan peluang untuk melihat badak air dan buaya yang ditempatkan di kolam berasingan. Mereka berpeluang melihat sendiri kedua - dua haiwan ini diberi makan sambil dipantau dan diberi taklimat oleh pegawai Perhilitan. Selesai melihat buaya diberi makan, peserta kemudiannya melihat landak serta kuda diikuti dengan bersiar - siar di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands. Bagi yang tidak terlibat dengan program Hi - Tea yang dijalankan pada petang itu, peserta - peserta pulang kembali ke Taman Cabaran Putrajaya dengan dihantar oleh kenderaan logistik milik Wakjan.
T A M A T
Kredit untuk gambar - gambar yang diambil dari individu berikut:
Ah Chong (Facebook: Epai Ganaz)
Nurul Ain (Facebook: Ubichips Ain)
Apip & Eryn (Facebook: Apip Embi & ERyn Hairina), jurufoto oleh Nina Spy (Facebook: Besek Sarina)
Gambar2 lain boleh ditonton di laman Along http://biawaktasik.multiply.com/photos/album/372/ride_dec10_ogkl_green_the_earth?replies_read=14,
Kata - Kata Hikmat:
There are those who give with joy, and that joy is their reward - Khalil Gibran
No comments:
Post a Comment