Pada 5 ~ 9hb Nov 2010 yang lalu, seramai 3 orang ahli Pedal Krem Riders iaitu Ah Chong (Fairos), Muzammil dan Wakjan (Azizan) telah mengadakan kayuhan touring (fully loaded) yang dinamai sebagai Slowly2 Go Down dengan selamat dan jayanya. PK Riders yang disertai oleh rakan baru iaitu Zulhabri dan Subki, telah berkayuh sejauh lebih 520 kilometer sepanjang tempoh 5 hari tersebut.
Perjalanan dimulakan dengan laluan mengelilingi Pulau Pinang pada hari pertama, diikuti laluan Butterworth - Taiping, Taiping - Malim Nawar, Malim Nawar - Behrang Ulu dan diakhiri dengan Behrang Ulu - Kuala Lumpur pada hari kelima.
Ibarat kata pepatah; jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi, juga dapat bertemu serta berkenalan dengan rakan - rakan baru yang memiliki hobi sama. Tidak kiralah samada road bike, mountain bike atau touring bike, kita tetap sama dua roda : ) Selain mengunjungi tempat - tempat menarik untuk sesi fotografi, peserta turut berpeluang merasai keenakan makanan tempatan di setiap laluan atau hentian.
Dikesempatan ini, Pedal Krem Riders mewakili peserta - peserta touring Slowly2 Go Down merakamkan setinggi - tinggi penghargaan atas ucap selamat, doa, kata perangsang, nasihat, bimbingan, komen dan kritikan yang diterima baik melalui email, laman sosial, khidmat pesanan ringkas (sms) mahupun panggilan telefon. Tidak lupa juga pada pihak persendirian dan orang awam di laluan sepanjang perjalanan kami.
Penghargaan istimewa dan ucapan terima kasih kami berikan pada pihak atau individu berikut:
* kakitangan KTM Distribution, KL & Butterworth: menghantar dan memastikan basikal - basikal kami berada dalam keadaan sempurna
* keluarga Muzammil: isteri dan anak - anak di atas kesudian menghantar ke stesyen KL Sentral.
* encik Zaironey Jainudin: bertemu dan menyimpan sebuah dari basikal kami di rumah mertuanya di Butterworth, kemudian menghantarnya semula pada keesokan harinya.
* encik Ahmad Nadir: bertemu dan membawa kami ke Restoran Nasi Kandar Line Clear serta membelanja makan tengahari.
* kakitangan Hotel Apollo, Kg. Benggali, Butterworth: membenarkan kami menginap di hotel tersebut serta kesudian menyimpan basikal di ruangan stor dan kaunter daftar masuk.
* encik Idris Sani: bertemu dan menjadi jurupandu arah membawa kami mengelilingi Pulau Pinang. juga membelanja kami minum air kelapa sambil menikmati pemandangan pulau Jerejak
* YB Yusmadi Yusoff: bertemu dan membelanja kami makan tengahari ketika di Balik Pulau
* encik Najib Abd Halim di Kamunting: membenarkan kami menumpang dirumah sewanya walaupun beliau tiada di rumah ketika itu
* encik Supian dan puan Rasimah di Malim Nawar: membenarkan kami menginap di kediaman mereka serta menyediakan makan malam dan sarapan pagi.
* encik Sharil & puan Nurul Jannah di Behrang Ulu: membenarkan kami menginap di kediaman mereka serta menyediakan makan malam dan sarapan pagi.
Hanya Tuhan sahajalah yang dapat membalas jasa & budi baik kalian.
When all you own is a hammer, every problem starts looking like a nail - Abraham Maslow
Kisah perjalanan Slowly2 Go Down secara terperinci boleh dilayari di http://basikaltouring.blogspot.com.
Berikut adalah rangkuman rakaman lensa sepanjang perjalanan Slowly2 Go Down ...
Urusan logistik: Ketiga - tiga basikal di stesyen keretapi Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Butterworth
Urusan logistik: 3 dari 5 buah basikal peserta dihantar menggunakan khidmat KTM Distribution
Pra kayuhan: Ahmad Nadir membawa dan membelanja kami di Restoran Nasi Kandar Line Clear, Penang Road
Pra kayuhan & Hari #1: Penginapan kami yang bertempat di Kg. Benggali, Butterworth
Hari #1: Bertemu YB Yusmadi, ahli parlimen Balik Pulau
Hari #1: Konvoi Slowly2 Go Down b'sama jurupandu arah encik Idris Sani (paling kanan) dlm p'jlnan menuju Teluk Bahang
Hari #2: Selamat tinggal negeri Pulau Pinang ...
Hari #2: Selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan ...
Hari #2: Hampir tiba di destinasi
Hari #3: Bersedia untuk memulakan perjalanan. Rumah sewa encik Najib Abd Halim, Kamunting
Hari #3: Bertemu rakan baru di kaki Bukit Larut (Maxwell Hill)
Hari #3: Menikmati panorama indah Taman Tasik Taiping
Hari #3: Hari telahpun malam ketika kami sampai di bandaraya Ipoh
Hari #4: Bergambar kenangan bersama encik Supian di Malim Nawar sebelum memulakan perjalanan
Hari #4: Di kawasan penjualan petai, pekan Bidor. Malangnya tiada satu pun petai dijual : (
Hari #4: Kawan lama, Jumat, yang terserempak dgn kami ketika dlm perjalanan ke tempat kerja
Hari #4: Bermalam di rumah pasangan Sharil & Nurul Jannah di Behrang Ulu, Tg. Malim
Hari #4: Menu istimewa makan malam yang disediakan oleh tuan rumah
Hari #5: Pemandangan mengadap banjaran Titiwangsa, dari laman rumah pasangan Sharil - Nurul Jannah
Hari #5: Puan Nurul Jannah bersama peserta2 Slowly Go Down
Hari #5: Mencari kedai basikal untuk membaiki kerosakan crank bearing basikal Muzammil & Subki
Hari #5: Bergambar kenangan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka
Hari #5: Makan malam di Restoran Heritage Station stesyen keretapi KL, sebelum berpisah dan pulang ke destinasi masing - masing

Di sini, kami ingin memohon ampun dan maaf pada semua, jika semasa trip touring ini kami ada melakukan kesilapan, tutur bicara atau perlakuan yang mungkin menyinggung dan kurang menyenangkan pihak tuan - puan. Segala yang lemah dan khilaf adalah dari kami, segala yang baik datangnya dari Tuhan yang Maha Esa. Wassalam ...
No comments:
Post a Comment