Ah Chong, satu - satunya wakil PK Riders untuk jambori ini. Geng - geng PK Riders yang lain tidak dapat menyertai kayuhan ini atas sebab sebab tersendiri. Kita ikuti penulisan pengalamannya menyertai kayuhan ini yang disertai dengan hasil rakaman lensa beliau sendiri.
Sabtu 11/12/10
Hantar dulu 'mem' ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan sedaranya ... pastu terus membawakan diri ke meja pendaftaran di Kuala Linggi....
Lepas register & collect goodies bag yg hampeh ... dapat 1 cekelat bar & 2 gula cokelet bersama sehelai t-shirt & beg goodies orang kahwin ... memang hawau hahaha ... terus lepak kat Pengkalan Balak ... layan keropok lekor sambil layan view & angin laut ... aku bermalam di resort Taman Aman (rumah kakak aku laa)
Hantar dulu 'mem' ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan sedaranya ... pastu terus membawakan diri ke meja pendaftaran di Kuala Linggi....
Lepas register & collect goodies bag yg hampeh ... dapat 1 cekelat bar & 2 gula cokelet bersama sehelai t-shirt & beg goodies orang kahwin ... memang hawau hahaha ... terus lepak kat Pengkalan Balak ... layan keropok lekor sambil layan view & angin laut ... aku bermalam di resort Taman Aman (rumah kakak aku laa)
Ahad..12/12/10
pukul 7.30 pagi aku dah terpacak kat starting point ... beramas mesra jap ngan rakan - rakan basikalis yang lain sambil menunggu kedatangan YB yang pukul 8.30 pagi baru nak muncul ... hampehhh ... aku rasa diatas kelewatan beliaulah aku gagal berada dlm kelompok 10 rider teratas ... hehehe ...
trek yang disajikan mmg menarik ... tapi banyak sangat laluan tarmac ... 65% offroad bakinya laluan road ... tapi kepelbagaian trek harus dipuji ... denai hutan, kebun kelapa sawit, kebun getah, laluan pesisir pantai bla bla bla ...
CP 1 ... beres ... CP 2 ... air terpaksa dicatu ... hahaha cam g#mp#ng ... CP 3 ... air langsung takde ... hahaha ... pisang adalah ... CP 4 ... bermulalah azab bagi kebanyakan riders ... laluan pesisir pantai yang panjang, panas giler ooooo ... kat sini ramai rider yang dah tersadai kat bahu jalan termasuklah dengan aku sekali ... hahaha ... pastu sambung trek offroad sambil layan view tasik, lombong ... memang cun habis tapi opennn ... bapak panasss siuttt ... sampai cair kasut getah aku hahaha ...
dari CP 4 yang memang konpem takde air ... aku gagahkan diri menuju ke garisan penamat ... dari sini keadaan mental & fizikal menunjukkan kadar ketidakserasian yg kritikal ... simpton pewai macam dah terhasil ... badan dah mula macam gigil ... laporrr daaa ...
pukul 12.50 tengahari aku sampai juga ke garisan penamat ... tak silap aku dapatlah nombor 300+ dari 500 penyertaan ... OK lah tu ... tapi yang paling menariknya untuk yg pertama kali aku telah berjaya memenangi hadiah lucky draw berupa seketul helmet polygon ... hahaha ... ak u berjayaaa ...
Ride for health ... ride for fun ... ride for lucky draw ...
Kata - Kata Hikmat:
Kita ikuti pula gambar - gambar rakaman lensa kamera Ah Chong
Banner rasmi Jambori Kuala Linggi Melaka 2010
Beg goodies untuk diedarkan pada semua peserta yang mendaftar
Barang - barang cenderahati dalam beg goodies
No. plet pendaftaran yang menarik
Rehat sebentar di pantai Pengkalan Balak
Sambil lepak layan view, pekena keropok lekor & air tebu
Peserta - peserta yang datang awal bagi mendapatkan kedudukan terbaik untuk memulakan acara
Ah Chong bersama rakan basikalis yang dikenalinya
Peserta dilihat memenuhkan segenap pelusuk kawasan stadium
Macam lumba basikal atas balapan lah pulak ...
Pit stop di checkpoint 2
Laluan tarmac kecil dengan pemandangan suasana desa
Laluan terbuka yang luas dan panjang, kelihatan peserta sayup - sayup kelihatan
Yeaayyy, dah tak jauh lagi ke checkpoint 2
Keadaan semasa di checkpoint 2
Air kena catu, yang tinggal pisang aje ...
Laluan melalui kebun getah yang teduh, kebahagian sementara hehehe ...
Marshall bertugas menutup laluan trafik untuk memudahkan peserta melintasi jalanraya
Para petugas paramedik bersedia untuk sebarang kejadian kecemasan
Laluan berbukit yang terbuka membuatkan ramai peserta keletihan lalu menolak basikal mereka
Pemandangan Selat Melaka boleh dilihat dari laluan kawasan yang berbukit
Ah Chong di pit stop lagi 500 meter ke checkpoint 3
Laluan juga menawarkan panorama kawasan bertasik
Menu makan tengahari Ah Chong. Dah rupa macam nasi kandar pun ada ni hehehe ...
Hadiah - hadiah cabutan bertuah di khemah urusetia
No comments:
Post a Comment