Peserta2: Ah Chong, Jay, Jus, Pojie, Yeop A, Yeop B & Wakjan.
Kayuhan mengikut sebahagian trek pendakian ke Gunung Nuang, Hulu Langat. Perjalanan dimulai dari kawasan pejabat renjer hutan Gunung Nuang, melalui beberapa perjalanan naik turun bukit dan ditamatkan di pondok terakhir.
Terdapat beberapa pondok yg disediakan untuk pendaki2 berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Sampainya di pondok terakhir, kami berehat seketika dengan menjamah untuk menjamu selera dengan apa yang ditapau sebelum bergerak pulang. Apabila jam menunjukkan hampir 7 malam, ditambah dengan keadaan yang agak kelam, perjalanan pulang yang agak berisiko ini terpaksa diteruskan dan mujurlah tiada sebarang kemalangan berlaku. Semasa menuruni bukit, kehadiran pendaki2 gunung yg naik atau turun kadang2 dirasakan agak merbahaya.
Sesampainya di kawasan pejabat renjer Gunung Nuang, kami berehat bagi menyejukkan badan diikuti dengan membersihkan badan di tandas berhampiran. Kemudian, kami semua makan malam di sebuah kedai makan di pekan Bt. 18, Hulu Langat lalu bersurai.
Petikan kata2 dari seorang ahli PK Rider, Jay Hamid, melalui laman Facebooknya
" naik bagai nak mati... turun sangat puas hati..."
* Gambar lain2 di laman Facebook Jay http://www.facebook.com/album.php?aid=154553&id=750129022
* Koleksi gambar2 berikut diambil dari laman Facebook Ah Chong http://www.facebook.com/album.php?aid=4145&id=100000816656695
Sebaik sahaja memulakan perjalanan dari 'gerbang rimba'
Sessi menolak basikal pun bermula ...
Hentian rehat di pondok pertama
Yeop B sedang menolak jentera kayuhan beliau
Wakjan tidak ketinggalan menolak ...
Jay, bersama seorang rakan pendaki yang dikenalinya
"Pokok tumbang lah pulak. Hmm ... kat mana nak lalu ni ?" Mungkin itulah fikir Yeop A
Di pondok terakhir. Rehat, makan2 dulu ...
Bersiap2 sebelum bergegas pulang akibat hari telah hampir gelap
Di pondok berdekatan pejabat renjer Gunung Nuang, kepuasan setelah melalui trek DH yang panjang
No comments:
Post a Comment