Pada 21 ~ 25hb Feb 2010, Azizan atau lebih dikenali sebagai Wakjan dikalangan rakannya telah berpeluang mengembara (backpack) ke Cambodia. Pada pagi hari terakhir sebelum pulang ke tanahair, beliau telah menyewa sebuah basikal untuk berkelana di sekitar bandar Phnom Penh.
Basikal tersebut telah disewa dari sebuah kedai basikal yang juga sebuah kafe, pada harga 8 USD untuk sewaan selama 24 jam, alamat seperti tertera:
Vicious Cycle Cafe
Shop # 29, St. # 130, Phnom Penh.
Syarikat ini turut menawarkan khidmat sewaan dan pengiring bagi aktiviti berbasikal di beberapa negara ASEAN mahupun Asia. Laman web syarikat tersebut adalah http://www.grasshopperadventures.com/
Pandangan hadapan Vicious Cycle, bukan sahaja kedai basikal malahan ada kafe dan khidmat dobi
Pandangan sisi Vicious Cycle Cafe
Logo Vicious Cycle Cafe
Salah satu tour operator untuk aktiviti berbasikal sekitar Asia, Grasshopper Adventures
Berlatarbelakangkan pentas Royal Palace di sebuah dataran
Logo salah sebuah agensi kerajaan
Di jambatan yang melintasi Sungai Mekong, bahagian utara Phnom Penh
Monumen Kebangsaan Cambodia
Memorial hubungan diplomatik kerajaan Cambodia - Vietnam
Di laman berhampiran Sg. Bassac, yg mengalir ke Tasik Tonle Sap
Hukum adat; yang besar di tengah manakala yang kerdil di tepi ...
Di atas jambatan yang dibina hasil sumbangan kerajaan Jepun, terletak di sebelah selatan Phnom Penh
Cambodia - Japan Friendship Bridge
Menghilangkan dahaga sebentar dengan menikmati keenakan air tebu
2 comments:
mahalnya sewa basikal, mmg usd8 tu harga standard suma kedai basikal ke?
Abby: Saya rasa, mungkin boleh dapat lagi murah kot cuma itulah masa tu saya tak sempat nak survey2 dulu. yang ni sebab kedainya besar, siap ada bengkel basikal sekali dengan cafe & khidmat mendobi. itu pasal overhead cost nya tinggi dan sewa pun lebih mahal kot ...
Post a Comment