Info kayuhan:
Tarikh: 25 ~ 26hb Dis 2009
Peserta: Muzammil (basikal Araya bersama beg pannier Ottlieb), Hairul (replika Specialised bersama beg pannier Merida) & Azizan (basikal Bridgestone bersama beg pannier Top Peak)
Lokasi: daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Jumlah jarak kayuhan: 158 km
Laluan:-
* Pergi: tol Smpg Renggam - Ayer Baloi - Pontian (Besar & Kecil) - Serkat - Tg. Piai
* Balik: Tg. Piai - Serkat - Kukup - Pontian - Ayer Baloi - Benut - tol Smpg Renggam
Bagi pengkisahan & gambar selanjutnya, sila layari:
http://azizanzolkipli.multiply.com/photos/album/867/Journey_to_The_Southernmost_Tip_of_Mainland_Asia
atau
Suasana pagi di kawasan tol Simpang Renggam
Sebelum memulakan perjalanan
Antara menu sarapan pagi
Selamat datang ke daerah Pontian, penghujung benua Asia
"Nasib ada tempat redup, dapat juga berehat sebentar" ...
Pontian Kechil, lagi 36km lagi ...
Tanda arah menunjukkan tempat2 menarik sekitar Pontian
Berhenti menghilangkan dahaga di sebuah gerai menjual air tebu, lokasi berhampiran pekan Ayer Baloi.
Sg. Ayer Baloi, lokasi nelayan2 meletakkan bot mereka.
Errkk, bendera negara apa pula ni ?
Cintai sungai kita ...
Berhenti akibat masalah teknikal. Nasib ada tempat untuk berteduh di kala matahari tegak atas kepala
Sikap tolong menolong sesama ahli kayuhan dalam menyelesaikan masalah teknikal
Jeti bot2 nelayan di sg. Pontian Besar
Hairul berehat sambil menikmati pemandangan
Bergambar kenangan di sg. Pontian Besar
Menu tengahari di kedai makan berdekatan stesyen bas Pontian
Setelah berhujan panas berkayuh, kami bertiga sampai di kawasan Taman NegaraTg. Piai
Gambar terakhir yang diambil pada petang itu, sebelum hujan turun dengan lebatnya
Tempat teduhan kami pada malam itu, terima kasih pada kakitangan pengurusan Tmn Negara Tg. Piai
Glob penandaan titik terselatan tanah besar benua Asia
Tahniah ! Anda sekarang berada di penghujung selatan tanah besar Asia
Posing aksi gaya bebas pula
Di sudut bahagian lain glob pula
Pemandangan sekitar kawasan hutan bakau
Telatah pencuri2 kecil sarapan pagi kami
"Apa tengok2, ada hutang ke ?"
Bersama kata azimat; "Success is a journey not a destination"
Nasihat alam sekitar dari salah seekor makhluk alam
Berhenti rehat di wakaf taman permainan pekan Pontian sementara menunggu hujan reda
Sempat masak bubur spesel tu !!
Pulang bersama seribu kenangan, juga dengan sekeping sijil
Beginilah kedudukan Tg. Piai di peta, memang paling hujung pun !!
Bangga dengan sijil masing2 : )
No comments:
Post a Comment