ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

24 April 2010

Proses Pemohonan Pemasangan Rak Basikal di Bumbung Kenderaan

Langkah 1: Langkah ini perlu dielakkan, jangan tunggu kena tahan baru nak mendaftar pemasangan rak basikal nanti banyak ceritanya. Teruskan ke langkah 2.


Langkah 2: Pergi ke Jabatan Kejuruteraan Automotif berhampiran untuk meminta borang permohonan. Borang ini diberikan percuma. Sila isikan mengikut contoh di atas


Langkah 3: Buat salinan geran pemilikan kenderaan


Langkah 4: Ambil gambar kenderaan bersama pemasangan rak basikal (tanpa basikal), tiga pandangan iaitu hadapan, sisi & belakang. Bagi pandangan hadapan & belakang, gambar no. pendaftaran (no. plet) hendaklah jelas kelihatan


Langkah 5: Sama seperti format gambar di atas, tetapi dengan basikal diletakkan sekali. Gambar ini tidak diminta, cuma saya mengambil inisiatif sendiri untuk dimasukkan bersama borang permohonan


Langkah 6: Hantar borang permohonan bersama perkara2 yang diminta seperti salinan geran, gambar pemasangan rak kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ berhampiran. Pihak JPJ akan memberikan Kad Akuan Terima seperti di atas. Biasanya proses mengambil masa seminggu, untuk pengesahan kita boleh menelefon pada no. yg diberikan


Langkah 7: Setelah selesai proses permohonan, pemohon akan diberikan 3 salinan surat kebenaran seperti di atas. Satu salinan hendaklah sentiasa disimpan di dalam kenderaan bagi tujuan pemeriksaan jika diminta oleh pegawai JPJ





4 comments:

Anonymous said...

kena minta kebenaran rupanya. info yg sgt bagus utk para riders

Azizan Zolkipli said...

Anonymous: yup, begitulah nampaknya. jika belum berbuat demikian, maka diharuskan segera. nanti bila dah dapat notis atau kena saman macam saya, masa tu urusan dah bertambah aduhaiii ...

Anonymous said...

macamana pulak dengan carrier belakang,,ada sapa penah apply,,,sebab rack atas ni mahal,,belakang murah sikit,,cumanya prosedur tak tahu..

Azizan Zolkipli said...

Anonymous: carrier belakang saya pernah tanya JPJ, tidak dibenarkan sama sekali dan tiada permit dikeluarkan untuk itu. maknanya, boleh digunakan asal jangan kena tangkap dgn JPJ udah huhuhu ...