ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

26 April 2010

Kayuhan Pantai Timur: 13 - 15.02.2010

Trip kayuhan touring bertiga bermula dari Cherating, Pahang Darul Makmur ke Kuala Terengganu (KT), Terengganu Darul Iman. Dilakukan semasa cuti Tahun Baru Cina, mengambil masa 3 hari keseluruhannya. 2 hari untuk pergi dan balik manakala selebihnya untuk berehat & berjalan2 di lokasi2 pelancongan sekitar KT. Jarak sehala adalah 175km, tidak dikira jumlah jarak berbasikal sekitar KT dan 175 km seterusnya untuk perjalanan pulang.

Perjalanan pergi mengambil masa 15 jam manakala balik hanya 12 jam. Sesetengah laluan adalah sukar kerana terpaksa melawan angin yang agak kuat, ditambah dengan bahang panas matahari. Kebanyakan laluan kami adalah landai kecuali sedikit berbukit di kawasan Bukit Bauk berhampiran Dungun. Laluan adalah menarik kerana mengikuti jalan pesisir pantai dan peluang untuk bergambar tidak dilepaskan jika terdapat spot2 yang menarik. Antaranya ialah Taman Pelancongan Kemasik, Kuala Abang dsbnya.

Di KT, kami sempat melawat ke Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, China Town KT dan singgah di Masjid Terapung, Kuala Ibai.


* Bagi info mengenai pelancongan di Terengganu, layari http://www.tourism.terengganu.gov.my/

* Laman web rasmi Taman Tamadun Islam: http://www.tti.com.my/


Perjalanan dirancang dengan menggunakan peta


... juga dgn bantuan Google Map


Checkpoint dirancang, anggaran jarak & masa turut dihitung


BEL6689 diletakkan berhampiran surau MARDI Sg. Baging


Sebelum memulakan epik perjalanan Cherating - Kuala Terengganu


Sarapan pagi di R & R Chendor


Basikal kami diparkir  di R & R Chendor


Pintu gerbang sebelum memasuki negeri Terengganu Darul Iman


Posing di sempadan negeri Pahang - Terengganu


Tiba & berehat di checkpoint (CP) 3, Kijal.


Pemandangan indah di Pantai Rekreasi Kemasik, hanya beberapa km perjalanan sebelum tiba di Kerteh


Berlatarbelakangkan pantai Kemasik


Tempat menikmati hidangan di kawasan Kemasik


Parkir basikal sebelah meja makan, senang nak tengokkan


Hidangan makan tengahari, keropok lekor disusuli dengan air kelapa muda. Hmm best !!


Mengabadikan kenangan di jalan masuk ke Pantai Rekreasi Kemasik


123 km lagi ke KT. "Apalagi, 1,2,3 gerakkkkk" ...



Triple one km to go for KT. Let's go bebeh !!


"Nak ke KT, lagi 111 km. Nak patah balik, lagi 99 km. Alang2 sampai sini, teruskan ajelah" ...


Papantanda yg menarik dgn tulisan jawi. Pa alif kaf alif = Paka


Hari kedua, di KT. Melawat ke Taman Tamadun Islam


Basikal dikunci di batang pokok sebelum memasuki Taman Tamadun Islam. Nasib ada bawa kunci basikal : )


Nak masuk Taman Tamadun Islam pun kena guna passport ooo


Replika masjid Dome of Rock. Mengikut penjelasan tour guide, keadaan dalamannya dibuat hampir 99% menyerupai keadaan asal tetapi dlm skala yang lebih kecil. Malangnya kami tidak dibenarkan merakamkan gambar didalamnya


Nak berteduh punya pasal, dapat sikit pun jadilah ...


Replika Taj Mahal


Ehh, replika Masjid Negara KL pun ada di Taman Tamadun Islam ??


Keunikan senibina Masjid Kristal


Memasuki kawasan Chinatown, berhampiran Pasar Payang.


Berlatarbelakangkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung yang terletak di Kuala Ibai


Dalam perjalanan balik (hari ketiga), lokasi di pantai berhampiran Kuala Abang


Beberapa km perjalanan sebelum menamatkan kayuhan, memasuki kembali negeri Pahang Darul Makmur yang ditinggalkan sementara dua hari yang lepas.

No comments: